Home > WoRD LiFe > Taman Bahagia ~ Versi II

Taman Bahagia ~ Versi II

Assalamualaikum.

Sepertimana yang pernah disiarkan di entry terdahulu, Mencari tempat berteduh, ini adalah merupakan versi sambungan kepada entry tersebut. Kali ini aku ingin bercerita mengenai progress rumah yang mana telah dimulakan pembinaannya.

Aku sebenarnya agak segan nak menulis mengenai perkara ni, bunyi seakan-akan show-off plak kalo orang baca. Tapi coretan ini adalah sekadar untuk tatapan peribadi aku yang mana di masa depan pasti aku akan baca untuk dijadikan rujukan. Ataupun sekiranya blog ini masih wujud 10 tahon yang akan datang, Insyaallah anak-anak aku bolehlah membaca kisah asal usul tempat tidur diaorang ni. Haha. Insyaallah.

Rumah adalah merupakan keperluan hidup. Semasa kita muda ni la sepatutnya kita ambik peluang untuk membeli rumah bagi berlindung dari hujan panas buat seisi keluarga. Bukan tak boleh menyewa, tetapi sekiranya kita memiliki kediaman sendiri akan lebih memberikan kepuasan dan kebebasan kepada kita. Jadi proses mencari rumah ni sebenarnya dah lama aku buat. Kira-kira 2 tahun yang lepas iaitu sekitar bulan September 2010. Kawasan yang paling strategik bagi aku bagi mencari kediaman ini sudah semestinya di sekitar Shah Alam. Isteriku bekerja disini, bagi aku tiada sebarang masalah walaupun ianya agak jauh bagi aku untuk sampai ke pejabat. Yang penting harus diutamakan. Jadi dalam minda aku hanya 2 kawasan yang aku kenalpasti memberikan harga yang agak munasabah dan berkemampuan ngan status kewangan kami. Satu ialah di Puncak Alam dan di satu lagi kawasan Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam.

Alhamdulillah ketika aku membuat urusan booking dahulu masih terdapat kekosongan di kawasan Jalan Kebun. Berbanding dengan Puncak Alam, kawasan perumahan di Jalan Kebun adalah lebih hampir dengan bandar Shah Alam. Hanya kira-kira 15km sahaja (Puncak Alam sekitar 23km). Urusan booking pon siap! Tapi pada satu hari aku mendapat panggilan telefon dari ejen perumahan ni yang menyatakan ada kesilapan dalam booking. Rumah tu sebenarnya telah dibooking oleh orang lain. Jadi sebagai ganti beliau menawarkan satu perumahan baru di kawan Bukit Naga. Bukit Naga ni sebenarnya terletak lagi hampir dengan kawasan bandar Shah Alam. Hanya kira-kira 12km. Pilihan jalan untuk ke bandar Shah Alam pun ada 3, melalui lebuhraya KESAS, lebuhraya LKSA dan jalan belakang iaitu menembusi kawasan Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Bagi aku ianya sangat berbaloi.

Jadi bermulalah cabaran kami menguruskan perkara-perkara penting untuk menyediakan dokumen-dokumen, salinan itu, salinan ini, menyediakan duit serta menandatangani S&P perumahan ni. Walaupun agak leceh, dan perlu berurusan ke sana sini hingga ke Putrajaya, Alhamdulillah berkat usaha akhirnya berjaya dimerterai urusan pembelian ini. Syukur juga kerana isteriku merupakan kakitangan kerajaan, jadi urusannya menjadi lebih mudah. Tidak perlu untuk menyediakan deposit 10%, tetapi hanya sekadar membayar kos guaman sahaja.



Jadi bermula dari tarikh segala urusan itu diterima oleh pihak bank dan kerajaan, projek perumahan ni pon bergerak la pembinaannya dari masa ke semasa. Sehingga bulan Ramadhan yang lepas projek ini sudahpun mencapai sasaran peringkat kedua. Tempoh diberikan oleh pemaju ialah 2 tahun, tetapi ejen tersebut sangat-sangat positif ianya dapat disiapkan dalam tempoh 1 tahun setengah. Projek yang sebelumnya pon sama, siap lebih awal dari yang dijadualkan.

Gambar dibawah adalah merupakan progress pembinaan rumah di Taman Bahagia ni. Bermula dari proses meratakan tanah sehinggalah pada Ramadhan yang lepas telah siap kerangka rumah.



Jadi aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Semoga ianya cepat disiapkan dan kami sekeluarga dapatlah mendiami kediaman sendiri lepas ini. Walaupun hanya sekadar rumah kecil, bagi aku ianya cukup bermakna kerana disitulah bakal bermulanya penghidupan baru bagi kami sekeluarga. Disitu jugalah bakal menjadi titik tolak cerita sebuah penghidupan bagi anak-anak aku. Insyallah.

Categories: WoRD LiFe
  1. musafir
    September 30, 2011 at 2:30 PM

    tahniah amien, hang membuat pelaburan yang sangat bijak…
    nanti siap, hang buat kenduri na, aku tolong hang

    • September 30, 2011 at 2:43 PM

      Insyallah kawan, nanti aku jempot hang…

      Nanti bila dh siap ada masa hang bleh la mai lepak2 sini. sebelah kawasan perumahan aku ada kedai superbike.. huhu

  2. musafir
    September 30, 2011 at 5:12 PM

    fuyo, kedai superbike tu…

    kawasan tu aku pernah sampai kg jawa, teluk menegun semua tu…
    hahahahaha

    • September 30, 2011 at 5:21 PM

      Kg jawa, dah dekat benor la tu… Hehe…

      Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan…. 8)

  3. October 3, 2011 at 8:00 PM

    dah siap wat kenduri jemput aku..aku datang tolong makan je..hahaha..
    rmh aku dah settle,skrg aku nak cr tanah lak,nak tanam sawit..jd petani moden lak..

    • October 3, 2011 at 9:31 PM

      Wah bagus la chekgu myasara ni, nak tanam sawit pulak projeknya.

      Sawit pon ok gak, harga ngan tinggi skrg ni. abah aku rileks je duk goyang kaki kat kampong, ladang kelapa sawit serah kat felda utk usahakan, bulan2 gaji masyuk 3, 4 ribu..

      Nanti aku wat kenduri menu nasik lemak pijak taw, jgn tk mkn pulak…. huhu

  4. October 4, 2011 at 12:27 PM

    iye,mmg lebat income tanam sawit.Pak mertua aku bulan2 8 ribu bersih dptnya.Selamba je hulur rm50 utk duit raya cucu-cucunya..bulat mata aku tgk.haha

    • October 4, 2011 at 1:21 PM

      Yaaaa btul. kalo ladang usahakan sendiri lagi banyak masyuukkkk…

      Pak aku tender kat felda je, dh tak larat nk usahakan. felda plak potong2 la caj nk bayo upah buruh indon, beli baja, sewa lori etc.. bulan2 pon still masyuukk lagi.. goyang kaki je…

  5. musafir
    October 4, 2011 at 4:32 PM

    adik aku org felda, syok la dia dapat income camtu…

    • October 4, 2011 at 4:40 PM

      Brader, kebanyakan yg peroleh hasil ni generasi pertama Felda iaitu mak bapak.

      Kalo mak bapak dh takde, hasil2 biasanya dibahagikan adek-beradek… Begitulah adanya tradisi hidup masyarakat Felda. 8)

  6. Siti
    October 10, 2011 at 1:34 PM

    salam..rumah yang cik bli ni freehold ke leasehold?

    • October 10, 2011 at 2:01 PM

      W’slm. Freehold cik.. kenapa ya?

  7. Nani
    January 28, 2012 at 6:39 PM

    Salam… Taman Bahagia ni dah dpt kunci ke? Blh mintak no tel developer tak? Nak tanya klu2 ada unit kosong lagi, atau mana pembeli yg pinjaman x lulus

    • January 30, 2012 at 10:06 AM

      W’slm. Unit taman bahagia ni belum siap lagi, dijangka dlm pertengahan tahun ni, Insyaallah.

      Kalo nak nombor telefon developer, buleh try google “achievers group”, contact number ada kat situ. =)

  8. Mazlan
    February 12, 2012 at 11:02 AM

    Kita berjiran ler camtu…umah yang saya beli kat situ gak…bila ler nak siap umah kita nie…setakat nie bumbung dah siap ler…haha

    • February 13, 2012 at 10:07 AM

      Ooo ye ke? Hahaha.. tk sangka plak ada bakal jiran yg follow blog ni.

      Kalo ada apa2 perkembangan terbaru psl rumah nanti rajin2 la update kat sini ye bro? =)

  9. eddy provos
    February 22, 2012 at 5:14 PM

    Menarik entry ni..

    sekadar ingin bertanya..

    sy berminat juga, cuma…ada kosong lg ker n
    background tapak pmbinaan tu mcm ada bggunan kilang di belakangnya:

    1.kilang apa?
    2.jika ianya kilang ,ada terlibat mengeluarkan asap atau debu? – kalu elektronik ok ler

    sy busy, x ada ms nk g survey..tlg reply yer, tq!

    • February 22, 2012 at 6:06 PM

      Sorry bro, skrg ni semuanya dh penuh.
      Masa saya booking haritu pon cuma tinggal beberapa unit je.

      Kat belakang tu kilang elektronik, sebelah KESAS highway.
      kalo nk cari yg kosong maybe kat area Jalan Kebun ada kekosongan lagi kot. =)

  10. eddy provos
    February 23, 2012 at 8:58 AM

    TQ..meme mcm grg pisang panas..semuanya sold out! hmmm….
    semoga harapan yg tgh dibina akn terlaksana sepenuhnya buat amien..
    sy ni kalu ikutkn hati nk dok superlink house, atau sekurang2nya penthouse..
    tp apa kan daya…semuanya hanya mimpi..ok la nk pg survey kat jalan perkebunan..

    • February 23, 2012 at 10:12 AM

      Thank you brader.

      Kalo ikutkan hati, semua org nk bermewah. tp kalo ikutkan poket…. hmmm cari la mana yang termampu. kalo tak sakit kemudian hari nanti.

      Apa-apa hal pun semoga berjaya ketemu umah idaman. Insyaallah ada byk lagi kat area perkebunan tu. huhu.. =)

  11. Mazlan
    September 6, 2012 at 9:18 AM

    Semalam pi isi borang Tnb & Syabas kat company Achievers tuh…diorang cakap bulan 1 or 2 tahun depan kita dah bleh dapat kunci umah…btw…umah ko baris yg mana satu?

    • September 6, 2012 at 9:41 AM

      Perghhh awalnya isi borang TNB bro. hehe..

      Rumah aku kalo masuk ikut jalan utama tu barisan belah kanan. end lot barisan pertama tu bro. ada rezeki nanti boleh jumpa ek jiran baru… huhu

  12. sayang23
    December 24, 2012 at 12:32 PM

    saya pon beli rumah kat ctu

  13. sayang23
    December 24, 2012 at 6:44 PM

    no rumah berapa…kita org no 16….

    • Mazlan
      December 30, 2012 at 1:42 PM

      Saya rumah no 14….haa..jiran sebelah umah nih…hehe

  14. sayang23
    December 30, 2012 at 10:16 PM

    Ok….salam perkenalan jiran…agk2 bila yea bole dpt kunci..call pemaju dia kate follow snp.klu cmtu lmbt lg la:-(

    • December 30, 2012 at 11:23 PM

      Hahaha.. dh jumpa jiran dlm ni ye? haha.. sy plak nombo 23.

      Aritu dh kol Achievers, diaorg ckp bulan 1 baru boleh ambik kunci. pelik betul, projek2 dulu 2, 3 bulan sebelum deadline snp dh boleh amek kunci.

  15. sayang23
    December 31, 2012 at 8:58 AM

    ye la….abang ipar pon ada beli rumah area ctu under achievers…duduk ctu dlm dec 2010…projek siap sama mcm kita…tp boleh pindah awal..

    • December 31, 2012 at 10:10 AM

      Tadi dh dpt info yg kunci rumah dah boleh start ambik harini 31/12.. hehe… nanti jumpa la kita ye jiran2 semua. hehe

  16. sayang23
    December 31, 2012 at 10:12 AM

    yeke>>>call wisma achievers tu ke?tq for the info,,

  17. sayang23
    December 31, 2012 at 10:26 AM

    td dah call..die mintak pt no. dulu baru tau bole ambil kunci or tak

    • December 31, 2012 at 10:58 AM

      Tadi diorng cakap yg loan swasta dh boleh ambik, yg buat gomen loan tak dpt lagi. pulak dah…

  18. sayang23
    December 31, 2012 at 11:21 AM

    td husband call…dia kate boleh collect pulak….ms sy call dia mntak pt no…

  19. sayang23
    December 31, 2012 at 11:40 AM

    ooo..bukan…swasta….

  20. Mazlan
    December 31, 2012 at 7:03 PM

    Saya awal2 pagi dah pi ambik kunci tadi…pas bayar maintenance fee…terus dapat kunci…
    hehe

  21. sayang23
    January 1, 2013 at 10:44 AM

    awalnye….ari jumaat ni husband bru pegi ambil…

  22. sayang23
    January 1, 2013 at 10:47 AM

    nnt mesti pindah awal ni..hehehe….

  23. Mazlan
    January 1, 2013 at 6:50 PM

    Saya dah survey rega utk cabinet design & grill…dari TS Design paling murah…nanti kalau nak buat dinding pagar luar umah..bagitau kat saya…bole kongsi..

  24. sayang23
    January 1, 2013 at 8:32 PM

    Bole tak bg contact no kabinet dan grill tu..kami pon ada survey gak..nak compare price

  25. sayang23
    January 1, 2013 at 9:13 PM

    ts design section 23 ke?.td google jumpa yg ni

  26. Mazlan
    January 2, 2013 at 9:47 AM

    TS Design…Ni no phone dia –> 012 9072730…nama dia Aisyah.
    Harga yg saya dapat untuk concrete cabinet dapur L shape kat tepi tingkap tuh = rm 3700. (lain2 saya survey rega semua 4k – 5k ke atas)
    Plaster ceiling untuk ruang tamu, main bedroom ngan dapur = rm 3800
    Standard grill = rm 1600
    Ari nih nak pi tanye plak additional cabinet dapur kat corner tuh…

    • January 2, 2013 at 11:37 AM

      Terima kasih bang for the info. sy pun dh deal dgn TS design semalam. Dah pi tengok pun kilang dan kedai dia, so keyakinan tu ada gak la untuk tempah projek dgn dia.

      Hopefully cepat2 la boleh dapat kunci, boleh terus mula renovation dan pindah ke sana. hehe

  27. sayang23
    January 2, 2013 at 12:58 PM

    tq ye mazlan..sy dah call cik aisyah tu….tq sgt2 ye bg info
    dia kate rumah awk dh start buat ye…

  28. sayang23
    January 2, 2013 at 1:02 PM

    aritu ada tnye, plaster ceiling utk ruang tamu shj : rm2400, cabinet dapur 4800
    mahal kan…

  29. Mazlan
    January 2, 2013 at 4:02 PM

    A’ah…saya dah survey 3 tempat…mmg mahal. Grille kat rumah saya dah siap…cepat tul diorg buat.. tapi ler nih tgh pening…tak tau nak letak mesin basuh kat ner…huhu. Ingat belakang rumah boleh buat tempat laundry…rupanya..rumah kita takat dinding belakang aje. Kawasan yg diorg simen sampai ke longkang tuh tak boleh buat apa2…pasal tu dah jadi laluan belakang rumah.

    • January 2, 2013 at 4:26 PM

      Ye bang, design belakang tu pelik sikit. patutnya pemaju terus pagar belakang tu tak kasi orang lalu, untuk safety purpose jugak.

      kalau design macam tu macam takde privasi la, tiap masa org boleh lalu lalang belakang umah kita. adooiii..

    • sayang23
      January 2, 2013 at 4:30 PM

      ye la..sy pon pk..mana nk letak mesin basuh…sbb toilet tu kecik

  30. Mazlan
    January 2, 2013 at 10:14 PM

    Amien…gomen bila boleh dapat kunci? Swasta mungkin cepat pasal urusan pembayaran antara bank ngan pemaju cepat..

  31. January 3, 2013 at 9:51 AM

    Tak tau lagi bang, tapi last skali tarikh snp jatuh 8/1. kalau time tu tak dpt lagi kunci siap la, boleh kasi saman kat pemaju. hahaha…

    Smlm pegi tgk umah, sempat gak tengok umah abg. dah siap buat wiring point lagi. cepat betul diorng buat ek. hehe

  32. Mazlan
    January 3, 2013 at 12:42 PM

    Saya rasa ramai yg tak tau kunci dah boleh ambil…Pemaju pon tak telefon bgtau kunci dah ready…diorang cuma hantar surat suh bayar maintenance aje…time bayar baru tau..

    • January 3, 2013 at 2:01 PM

      Semalam jiran no.20 pon ada melawat umah no.14, dia pon tak tau kunci dah boleh ambik. hahahaha..

  33. sayang23
    January 3, 2013 at 12:50 PM

    nmpaknya jiran saya no 14 nie pindah dulu la ye..no16 ni lmbt sikit….

  34. Mazlan
    January 3, 2013 at 2:05 PM

    Saya kalau nak pindah tunggu dah ada jiran kiri kanan atau depan rumah…hehe

  35. sayang23
    January 3, 2013 at 5:49 PM

    Plan bila….kami klu crpat settke cptka.tp kurg2 pon next month…apapon x buat lg niie:-)

  36. sayang23
    January 3, 2013 at 5:54 PM

    sayang23 :
    Plan bila….kami klu cepat settke cptla pindah tp kurg2 pon next month…apapon x buat lg niie:-)

  37. Mazlan
    January 4, 2013 at 10:14 PM

    Saya target ujung bulan nih…harap2 dah ada jiran yg pindah…

  38. sayang23
    January 4, 2013 at 10:15 PM

    baru ambil kunci tadi..esk nak jumpa aisyah tu..hopefully semua bjln lancar, cepat2 dpt pindah…x sabar dah nie

    • Mazlan
      January 5, 2013 at 12:31 PM

      Tadi Aisyah mintak no phone u…try call balik Aisyah.

  39. sayang23
    January 5, 2013 at 2:39 PM

    Dah jumpa…dan dh g tgk rumah awk….

  40. Mazlan
    January 5, 2013 at 11:14 PM

    Sempat jumpa jiran no16 petang tadi…hehe

    • January 7, 2013 at 9:25 AM

      Amboiiiii dah ada reunion nampaknya.. hehe

      • Mazlan
        January 7, 2013 at 2:24 PM

        Amien…nanti kita buat reunion kat kedai tomyam ujung jalan tuh…hehe

        • padila
          January 7, 2013 at 3:22 PM

          kedai tu satay die sedap….pnh mkn kt ctu

  41. sayang23
    January 6, 2013 at 9:18 PM

    Baru habis check rumah ……banyak bocor…meter air dipasang siang tadi..

    • Mazlan
      January 7, 2013 at 2:33 PM

      Ada 32 buah rumah bocor kalau ikut kata kontraktor pemaju…problem kat bucu atap..& ceiling atas water tank..rumah saya pon kena. Diorg cakap akan tulkan secepat yang mungkin. Err…lupa nak tanya nama husband puan…tak sempat nak borak panjang..kelam-kabut petang tuh pasal terkejut ingat TS salah pasang kabinet ikut ukuran peti ais….rupa-rupanya..mende tuh semua ada ukuran standard…

  42. padila
    January 7, 2013 at 2:51 PM

    rumah saya bocor dekat ruang tamu….pemaju ckp akan betulkan secepat mungkin…
    ts pon dah tukar plan..buat table top dulu
    nama husband saya najib…
    tapi rumah awk dh siap kan..sbb semlm abg ipar cakap ramai org tgk no.14,,,

    • January 7, 2013 at 4:00 PM

      Hahaha.. umah abg mazlan jadik rumah contoh la pulak skrg ni ek. kena mintak komisen dari TS design kalau camtu. haha

      • Mazlan
        January 7, 2013 at 9:56 PM

        Tu ler…nak kene mintak komisen kat Aisyah nih…hehe

        • January 8, 2013 at 11:41 AM

          Dengar cerita byk rumah yg bocor, risau jugak. nak kena pegi tengok ni. tunggu time ujan la pulak. huhu

  43. Mazlan
    January 18, 2013 at 2:48 PM

    Tadi org umah tel saya bagitau dlm rumah saya dah berkilat..bilik air bersinar-sinar..TS design basuhkan…siap mop lantai lagi tuh…Bila masa plak saya suruh diorang basuh rumah pon tak tau ler…hehe

    • padila
      January 24, 2013 at 9:23 PM

      yela…rumah kami pon dia siap basuh siang tadi….maybe pas raya cina bru boleh pindah…

      • January 24, 2013 at 10:15 PM

        Untung la geng2 ni, semua umah dah siap. kami jugak la yg melopong, dpt tengok je… hahaha

        • padila
          February 4, 2013 at 1:28 PM

          awk pon dh pindahkan..semlm en mazlan kita ni ada kat sana…hehee

          • February 4, 2013 at 1:30 PM

            Sy belum pindah lagi kak, umah pon tk siap renovate lagi. In sha allah hujung bulan ni la kalau sempat.

            Semalam ada abg mazlan dtg umah lepak sembang2.. syok dia dh pindah. hahaha

            • padila
              February 4, 2013 at 1:32 PM

              akak pon dh start pindah sikit2…

  44. yana
    February 4, 2013 at 1:21 PM

    ada x sape2 nk sewakan rumah? berminat la nk menyewa..sy ni kawan jiran no.16 ;p if ada, boleh bg x?

    • padila
      February 4, 2013 at 1:27 PM

      oo..kawanku…..

    • February 4, 2013 at 2:37 PM

      Boleh try tanya tuan tanah kat area taman bahagia tu kot2 dia nk sewakan umah. dia pun ada 3,4 biji umah kat kawasan ni kalau tk silap. huhu

      • padila
        February 4, 2013 at 2:45 PM

        kat belah mana tuan tanah tu? sbb mcm x pnh nmpk je..or maybe x kenal…ada nmpk satu keta wira depan rumah tu, tp x sure adakah itu tuan tanah or penyewa???

  45. Mazlan
    February 6, 2013 at 12:51 PM

    Ada sapa2 nak pasang unifi kat situ tak? Ler nih saya tgh nak transfer akaun unifi saya dari rumah lama ke tmn bahagia plak….tapi jalan sungai kelkati 32/160 lom ada dlm sistem pendaftaran unifi lagi..

    • February 6, 2013 at 1:09 PM

      Kena telefon TM dulu rasanya bang, dh konpem ramai yg nk ada talian telefon n internet kat area ni baru diaorng pasang kabel. dengar2 prosedur camtu, kalau tak salah la.

  46. padila
    February 26, 2013 at 10:01 PM

    Bilalah jiran dpn nak pindah..area blkg dah ramai….

    • February 27, 2013 at 10:22 AM

      Hahaha, sabar kak. diaorng beli umah utk sewa kot sbb tu tak masuk2 lagi. bukan macam kita, dpt kunci terus masuk. hehehehe

  47. padila
    February 27, 2013 at 2:14 PM

    itu la kisahnya…gelap aje depan rumah..

    • February 27, 2013 at 2:26 PM

      Takpe la kak, tak lama lagi ada la yg masuk tu. yg penting jiran sebelah 14 dah masuk lama dah. haha

  48. Mazlan
    March 11, 2013 at 10:17 AM

    err..amien dah masuk ker? nampak cam terang aje umah…tak perasan plak..bila pindah?

    • March 11, 2013 at 2:00 PM

      Siang terang la bang, pegi keje. Malam ada la kat umah. Dah 2 minggu dah masuk. hehe..

  49. padila
    March 11, 2013 at 8:46 PM

    Selalu dgr bunyi moto besar lalu, tp x tau sape punya….

    • March 12, 2013 at 10:53 AM

      Moto kecik je kak, tapi bunyi ekzos je yg besar… uppss kantoi.

  50. padila
    March 12, 2013 at 11:27 AM

    ooo..awk ke tuannyaa?

  51. padila
    March 12, 2013 at 1:06 PM

    eh, xde la..

  52. winzy
    March 12, 2013 at 1:14 PM

    tumpang tnya, kat tmn tu ada umah nk jual lagi x?

    • March 12, 2013 at 2:18 PM

      Tak pasti la, rasanya takde dah. Tengok ramai owner yg beli untuk duduk kat situ je.

      • padila
        March 13, 2013 at 6:31 PM

        Amien, awk pon terkena ngan ts gak ke..ingtkan kteorg je

        • March 14, 2013 at 9:57 AM

          Terkena jugak kak, hampeh punya kompeni. Lain kali kalau ada member2 yg tanya, jgn harap la nak promote kompeni dia. baru2 dia ada budak dia bwk org nk tgk hasil kerja TS, sy langsung tak kasi masuk. sakit hati tak habis lagi. huhu

          • padila
            March 14, 2013 at 11:35 AM

            tu la..mmg menguji kesabaran dan keimanan….

  53. Man
    March 13, 2013 at 5:50 PM

    Salam,sy nk cari rmh sewa kt cni,ad info call sy 0127334460..tq

  54. Mazlan
    March 14, 2013 at 3:29 PM

    A’ah…saya pon dah nyampah ngan si aiyah tuh…ingat nak pasang awning kat belakang umah..mmg tak akan buat ngan TS dah…

    • March 14, 2013 at 5:13 PM

      Tu diaaa… Nombor 14 pon dah bersuara. tak payah dah la bang ambik dia, cari orang lain pulak dah. Dah terkena sekali cukup la.

      • padila
        March 17, 2013 at 1:51 PM

        Rasa mcm nak fire jjeerrr!!!!!

        • March 18, 2013 at 4:35 PM

          Fire kak jgn tak fire.. sy aritu rasa macam nak bakar je opis dia. hahaha

          • Mazlan
            March 19, 2013 at 3:33 PM

            Saya plak rasa nak ikat aje asyah tuh kat pintu pagar…haha

  55. Mazlan
    March 19, 2013 at 3:33 PM

    Ada lagi 1 problem kat taman kita…lori sampah tak masuk collect sampah dah 2 bulan lebih. Jiran no.12 dah ngadu kat pemaju…pemaju cakap cuma dia sorang aje yg ngadu…yg lain takde ngadu pon…kira cam no.12 aje tuh yg bermasalah…yg lain ok aje. So apa kata…kita ngadu ramai2…kita dah bayar maintenance…sampah pon tak berkutip. Saya dah siap surat aduan nak fax kat opis diaorang nih…

    • padila
      March 19, 2013 at 3:55 PM

      nnt sy inform husband..

    • March 19, 2013 at 4:07 PM

      Okeh bang, tq for the info. nanti sy buatkan aduan sekali bagi pihak nombo 23. hehehe..

      memang payah betul skrg, nk buang sampah pun jauh hujung jalan sana. siap kena naik moto lagi.

      • padila
        March 23, 2013 at 8:40 AM

        Adoi…tkejut akk..ingt mat rempit mana….amien rupanyaaa

        • March 23, 2013 at 10:03 AM

          Hahaha, payah nak jumpa la kak. ni kebetulan je sbb nk gerak pegi keje. hahaha

  56. Mazlan
    March 19, 2013 at 3:36 PM

    Amien…bila nak pi minum2 kat kedai tomyam tepi jalan tuh…?..hehe

    • March 23, 2013 at 10:03 AM

      Bang, PM nombo tepon abg kat FB. boleh kawtim bila2 free nanti.

  57. Mazlan
    March 27, 2013 at 11:15 AM

    orait…saya pm skrg..

    • March 27, 2013 at 12:22 PM

      Okay bro, dah dapat, terima kasih.

      • padila
        March 27, 2013 at 7:40 PM

        amien..awk pahang ke rupanya…satu kapal lee.

        • March 28, 2013 at 12:03 PM

          Ye kak, org pahang. ramai org pahang ek kat situ. sebelah umah sy org pahang, umah no 20 pon org pahang. haha

  58. Mazlan
    March 27, 2013 at 10:21 PM

    err..pn padila ada fb tak? kalau ada saya nak add…

    • padila
      March 28, 2013 at 10:52 AM

      ada….padila hamid

  59. padila
    March 28, 2013 at 1:12 PM

    ooo…kak ina(20) tu pon pahang ke…
    wife amien pahang area mana

    • March 28, 2013 at 2:28 PM

      Husband dia org pahang. aritu ada sembang ngan dia.

      Sy org pahang kak, wife orang kedah.

      • padila
        March 28, 2013 at 6:09 PM

        Ooooo….ok…silap baca….

  60. Mazlan
    April 4, 2013 at 10:02 AM

    Saya dah upkan servis internet wifi kat taman kita…kalau ada jiran2 nak..bole ler melanggan ngan saya…rm20 aje sebulan utk unlimited download. Wifi name..”TAMAN BAHAGIA”.

    • padila
      April 4, 2013 at 11:05 AM

      oo..patutla mlm tadi ada keluar taman bahagia dgn mazlan71 kot…

      • Mazlan
        April 4, 2013 at 11:10 AM

        kat umah apartment lama dulu memang saya buat servis wifi…hehe

    • April 4, 2013 at 11:24 AM

      Bang, saya nak.. saya nak.. hahaha. malam karang saya bayar yuran langganan ye? hahaha….

      • padila
        April 4, 2013 at 11:25 AM

        mlm karang terus..hehe

      • Mazlan
        April 4, 2013 at 3:41 PM

        nanti bagi kat saya no mac address laptop, h/p atau apa2 device yg nak connect ke internet…saya akan setkan…bulan ni saya kasi free…saya ambik 10 org aje…cukup 10 dah tak ambik dah….bukan nak buat untung pon…saje nak share sesama jiran aje…hehe

        • April 5, 2013 at 10:32 AM

          Bang Mazlan, terima kasih sbb dtg umah set-up kan wifi utk jiran no.23… siap anak siap layan kartun kat youtube lagik. lajuu jeee.. hahaha

          • padila
            April 5, 2013 at 7:31 PM

            x aci ni…dah set-up dulu
            hehee

  61. padila
    April 4, 2013 at 11:12 AM

    soalan:
    mmg sentiasa on je..or klu mcm tdo atau blk kpg..akan offline?

    • Mazlan
      April 4, 2013 at 3:37 PM

      Sentiasa ON 24jam….takper…saya kasi trial free bulan nie tgk…hehe

      • padila
        April 4, 2013 at 3:48 PM

        ooo..mcm menarik nie…sbb kite guna broadband celcom, so, ada masa2 slow sgt..

        • Mazlan
          April 4, 2013 at 4:25 PM

          Broadband celcom atau mana2…bila sampai dia punye limit bulanan..akan terus jadi slow….

          • padila
            April 4, 2013 at 4:39 PM

            kdg2 x sampai lagi pon dia slow jugak.

      • April 4, 2013 at 4:38 PM

        Cantek bang, sy bayar yuran terus. takyah trial2.. hahaha

        • zati
          August 18, 2014 at 11:12 AM

          En amin, ada lg x kekosongan rumah kt kawasan tu.if ada minta contact sy, kot2 ada jiran2 yg nk jual…0172799096…terima kasih

          • August 18, 2014 at 11:24 AM

            So far rasanya dah penuh la kak perumahan tu. tapi ada satu rumah mula2 masuk simpang tu yg kosong, tu rumah tuan tanah punya. akak try tanya la dia nk jual or sewakan tak. owner dia dpn umah yg kosong tu.

  62. aisyahokokkak
    October 7, 2013 at 2:29 PM

    salam bro/sis..ramai rupanye terkena dgn aisyah TS tu..nasib baik aku xbayar habis.keje setle baru bayar..keje main2 payment nak cepat..so far kualiti ok cuma xbagus aishah tu je..xreti buat keje..manage pekeje..

    • anaque
      February 3, 2014 at 2:26 AM

      just nk tanya did aisyah complete the work? because I plan to get her advise on my house reno…her idea very nice and she’s good looking

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s