Home > WoRD LiFe > Kitaran tubuh manusia

Kitaran tubuh manusia

Assalamualaikum.

Harini aku ingin berkongsi sedikit informasi mengenai kitaran tubuh manusia. Bukan pasai cita-cita aku nak jadi cikgu sains, tapi sebagai panduan dan ilmu buat kita semua berkongsi. Jom baca.

Sekitar jam 9-11:00 mlm: Adalah waktu untuk menghilangkan bahan kimia beracun (detoksifikasi) dari sistem antibodi tubuh badan. Waktu ini patut diluangkan dengan berehat atau mendengar muzik. Sebagai contoh: jika pada waktu ini kita masih melakukan aktiviti-aktiviti berat, ini akan memberikan impak negatif pada kesihatan.

Jam 11:00 mlm – 1:00 pagi: Adalah proses penyahtoksin di bahagian hati, dan secara amnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Jam 1:00 – 3:00 pagi: Proses detoksifikasi pada hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Jam 4:00 pagi: Adalah merupakan waktu bagi sumsum tulang untuk menghasilkan darah.

Jam 3:00 – 5:00 pagi: Proses detoksifikasi di dalam paru-paru. Oleh kerana itu kadang-kadang akan ada batuk yang kuat berlaku pada waktu ini kerana proses detoksifikasi telah mencapai saluran pernafasan. Tidak perlu minum ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan toksin.

Jam 5:00 – 7:00 pagi: Proses detoksifikasi pada usus. Pada waktu ini anda sepatutnya perlu mengosongkan perut dan tidak perlu makan.

Jam 7:00 – 9:00 pagi: Proses penyerapan gizi pada usus kecil, anda harus sarapan pada masa ini. Sarapan juga digalakkan lebih awal iaitu sebelum 06:30, bagi mereka yang sakit.

Sarapan sebelum 7:30 pagi sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak mengambil sarapan harus mengubah corak hidup mereka dan adalah lebih baik terlambat sarapan dari jam 9:00 – 10:00 pagi daripada tidak makan sama sekali.

Tidur lambat dan bangun lambat akan mengganggu proses mengeluarkan bahan kimia yang tidak perlu dari tubuh badan. Oleh kerana itu, tidurlah dengan baik dan jangan tidur terlalu lewat.

Serba sedikit panduan ini adalah sebagai maklumat buat kita bersama. Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.

Categories: WoRD LiFe
  1. musafir
    October 6, 2011 at 2:02 PM

    ini dah masok subjek sains kesehatan nie.

    sekali sekala kita ambek tau pasai badan kita. ya, aku minum milo o jam 6.30am.
    dan sampai kantor, aku minum teh o jam 7.50pagi atau kul 7.55am.

    tengah hari minum teh o paneh jam 12.30 pm…

    sambel sambel tu minum air jarang selalu atau ayer labu sayong.

    • October 6, 2011 at 2:59 PM

      Betui bro, sekali sekala kena amek tau gak demi untok kesihatan tuboh badan kita.

      Pagi tadi aku attend talk pasai satu subjek kesihatan anjoran student2 kat kolej aku ni. sindrom glaucoma, iaitu fenomena buta secara tiba-tiba.

      nanti aku cuba up-kan topik ni untok tatapan bersama.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s