Home > WoRD LiFe > Ulangtahun ke-3

Ulangtahun ke-3

Assalamualaikum.

Tanggal 16 Oktober 2011, genaplah usia 3 tahun tempoh perkahwinan aku bersama isteri tersayang iaitu Yanty. Begitu cepat masa berlalu hinggakan hari-hari berlalu pergi dengan begitu pantas tanpa disedari. Perkenalan aku dengannya sejak zaman belajar di Universiti akhirnya membawa ke jinjang pelamin yang mana ikatan ini telah berusia 3 tahun dan dikurniakan dengan seorang cahayamata yang comel dan aktif, Asyraff Khalish.

3 tahun merupakan tempoh yang masih lagi ’hijau’ dalam bahtera perkahwinan kami dan aku berharap semoga hari-hari mendatang bakal membawa kebahagiaan buat kami sekeluarga. Aku tiada harta benda hendak diberikan buat isteri dan anak, cuma dalam diri hanya ada sedikit tenaga untuk mencari sesuap nasik dan memberikan kasih-sayang dan perhatian khusus buat mereka.

Aku berdoa agar Allah SWT memberikan kekuatan kepadaku untuk melayari hari-hari mendatang yang pasti penuh dengan duri dan ranjau demi untuk membahagiakan insan yang aku cintai. Pohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini.

Semua hari-hari mendatang membawa kebahagiaan buat aku sekeluarga dan juga ahli baru yang akan hadir, Insyaallah sedikit masa lagi. Wassalam….

Categories: WoRD LiFe
  1. yanty
    October 17, 2011 at 4:16 PM

    thanks abg…wah, gambar masa mula2 ngorat dulu tue..hahaha..anyway, thanks sayang..Love You Till Eternity…Moga perkahwinan kita ini kekal hingga akhir hayat…InsyaAllah..Amin…

    • October 17, 2011 at 4:25 PM

      Mula-mula ngorat? Hahahaha….

      Nasib baik ngorat dia layan, kalo tak dh kena carik orang lain la pulak.. hahaha…

  2. yanty
    October 17, 2011 at 4:36 PM

    betul la mula-mula ngorat..abg yg ngorat…susah gak la nak menerima dulu2..sebab orang tue merayu kan, terpaksala terima…hahahaha…

    • October 17, 2011 at 4:39 PM

      Chaaiitt takde maknanya nk merayu-rayu…. lalalala…

  3. kawan kakak ling ling
    October 17, 2011 at 5:07 PM

    ermmmm… nasib baik aku tak kenai hangpa…

    anyway, tahniah atas hubungan silaturrahim sesama hangpa berdua dan dengan aku dan kawan-kawan lain… inilah dinamakan muafakat

    • October 17, 2011 at 5:22 PM

      Muafakat membhawa bearakat… tak gitu kawan kakak ling ling?

      Ling ling tu sapa nan? Marka hang masa kat ITM dulu ka? kui kui kui….

  4. October 19, 2011 at 9:12 PM

    hensem dan sungguh skema gambar en amien ketika mula-mula mengorat dulu yek..hahaha

    • October 20, 2011 at 8:29 AM

      Keh keh keh… tenkiu tenkiu…
      Dulu masa muda2 muka slim je, sbb tu nampak ala2 clark kent.

      La ni pipi dh tembam semangkuk, habes hilang kehensemanku tu. hahahha…

  5. kawan kakak ling ling
    October 20, 2011 at 11:46 AM

    hahahahahaha, dulu mula-mula masuk praktikal sini, amien memang smart org dia, rambut sentiasa berminyak atau bergel….

    Ling Ling tu adik Liyana Jasmay Puchong… ni nama aku gunakan dalam komen dalam blog dia daaaaa…

    • October 20, 2011 at 12:30 PM

      Hahaha.. siot je komen, rambut berminyak, bergel…
      Nk pi keje musti mau semat bang, baru ada peel.. huhu

      Oooo baru aku tau kisah Ling Ling.. Eh, Babyrina duk kat mana ek skrg? huhu

  6. yanty
    October 20, 2011 at 4:43 PM

    Sekarang pun hensem lagi..hehehe…

    • October 20, 2011 at 4:49 PM

      Uhuk-uhuk, terbatok la pulak… huhu

  7. amy
    October 24, 2011 at 4:01 PM

    ngorat pakai necktie….keh..keh..keh..

    • October 25, 2011 at 9:49 AM

      Statement berunsur jeles…. huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s