Home > WoRD LiFe > Bikepalooza 2011

Bikepalooza 2011

Assalamualaikum.

Bikepalooza. Begitulah peliknya bunyi event yang dianjurkan oleh pihak NAZA Motor Malaysia. Karnival permotoran ini adalah merupakan acara yang julung-julung kali diadakan. Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan motosikal yang bernaung dibawah payung NAZA Motor dan juga pelbagai acara menarik khas buat peminat motosikal Malaysia.

Karnival ni diadakan di sekitar kawasan Bazarena Stadium Shah Alam. Aku berkesempatan untuk singgah dan menyertai karnival ini pada hari Jumaat dan Sabtu. Banyak acara yang menarik diadakan pada hari tersebut antaranya pameran motosikal berkuasa besar seperti Ducati, Harley Davidson, Yamaha, Honda, Suzuki dan sebagainya. Ada juga acara autoshow, pertandingan stunt, karaoke, pencarian model-model cun, kempen kesedaran jalanraya dan yang paling ditunggu-tunggu ramai ialah stunt exhibition performed by Tony Carbajal, the professional stunt rider from America. Cehh ter-speaking plak.

Memang syok karnival camni bagi mereka yang berjiwa motor, pada hari Jumaat tu aku lucky gak la sebab dapat T-Shirt free dari Tony Carbajal. US mari maaaa… Ari sabtu plak aku bawak anak aku tengok moto, memang peberet dia gak ni. Pon dapat gak sehelai T-shit Indian Motor yang rare nak jumpa.

Pepehal pon satu minggu yang menyeronokkan buat aku. Jom layan beberapa keping gambo + aksi Tony Carbajal pada hari tu. Layannnnn…


“Syok wooo naik motor arcade.. vroommm vroomm..”


“Dah laju ni, kasi tundok sket…”


“Tak cukup laju lagi ni, kasi senget kapla pulak.. Lajunyaaa”


“Dah abes racing layan moto Vespa baru plak la”


“Pueh layan motor, jom layan kete plak. Perghhh Chevy Camaro Transformers tu!”


“Acara yang ditunggu-tunggu. Stunt from Tony Carbajal. Superb!!”


“Dapat baju free + bergambo ngan adek Tony Carbajal. Layan je la..”

Nah aku selitkan sedikit video masa hari karnival tersebut. Masa ni Tony Carbajal ngah perfom stunt guna moto NAZA Blade 650R. Sian moto tu aku tengok tak daya je kena ragging ngan budak Tony ni. Terbaaekkk!!

Tony Carbajal’s Fan Page

Categories: WoRD LiFe
  1. kawan kakak ling ling
    October 19, 2011 at 4:39 PM

    alamak, aku tak pi la, sebab ada kenduri kat sekinchan….
    petang baru aku balek ke mari…

  2. kawan kakak ling ling
    October 19, 2011 at 4:40 PM

    anak hang bukan main lagi dia pusin throttle sampei abeh… makan asap org belakang tu

    • October 19, 2011 at 4:58 PM

      Event ni 3 hari bang, Jemat sampei ahad. ambooii takkan 3 hari hang pi kenduri. hehe

      Anak aku bab2 moto mmg peberet dia. aritu sampai terlopong mulot tengok stunt.
      Pastu balek umah dia dok practice wheelie moto kecik dai. kui kui kui

  3. kawan kakak ling ling
    October 20, 2011 at 11:43 AM

    mana dan aku nak pi…

    sabtu pagi aku pi sekinchan, malam baru kenduri cukuq jambui anak biras aku daaaaa…

    ahad tengah hari baru sampai. hujan lebat kat shah alam… petang tu aku lepak sambel rehat dan basoh baju…

    • October 20, 2011 at 12:27 PM

      Ooo ya ka? hehe…

      Takpe la, sian kat hang. Hang pi tengok youtube ja la… hehe 8)

  1. November 1, 2011 at 1:08 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s