Home > WoRD LiFe > Genting Strawberry Farm

Genting Strawberry Farm

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad yang lepas, aku sekeluarga menghabiskan hari minggu dengan berkunjung ke Genting Strawberry Leisure Farm yang terletak di kawasan Gohtong Jaya. Lokasinya ialah kira-kira setengah pendakian ke puncak Genting Higlands.

Aktiviti pada hari berkenaan adalah sekadar ingin menghabiskan masa membawa anak berjalan-jalan melawat ladang strawberry. Bukan selalu boleh tengok ladang strawberry, kalo boleh tanam kat belakang rumah takyah la susah-susah pegi jalan jejauh kan? Hehe…

So lawatan sambil tak belajar apa-apa ni bergerak pada awal pagi dari Shah Alam dan tiba kira-kira jam 9 lebih-lebih sikit kat Genting tu. Dah sampai kat sana bermulalah aktiviti memetik buah strawberry. Hero aku yang sorang ni bukan main seronok lagi dapat peluang mencabut buah strawberry dengan tangan, abis punah 5, 6 bijik dikerjakannya. Bangla yang jaga situ pun sempat sound aku “Tangan tak boleh, gunting guna”… Maksud dia kena pakai gunting, guna tangan tak dibenarkan. Hampeh tul, aku buat-buat tak dengar je. Dasar head-stone. Hahhaha…

Jom aaaa layan beberapa keeping gambo untuk memenuhkan entry kali ni. Layannn…..

Categories: WoRD LiFe
  1. October 27, 2011 at 4:18 PM

    sonoknya..x yah susah2 aku naik CH pasni….

    • October 27, 2011 at 5:16 PM

      Batui2, tapi kat genting ni tk berapa syok sgt la kalo compare ngan CH.

      kalo kat CH rege strawberi dia murah sket, kat genting ni mahai no..
      orang umah aku petik 600gram kena bayaq 36 hengget. mahai wooo….

      • October 28, 2011 at 12:32 PM

        oit mahal tu..tp kira semual kos nak ke CH ok rasanya….

  2. kawan kakak ling ling
    October 27, 2011 at 4:52 PM

    wah hebat hang na, buleh naik sampei ateh tu…
    takotnya aku…

    tapi aku dah pi dulu tahun 2003 semasa aku sedang belajar di ITM… aku menaiki bas sahaja dari Gombak.

  3. kawan kakak ling ling
    October 27, 2011 at 4:54 PM

    cuma kat gunung mat chincang ja aku dan naik cable car… alamak tingginya…

  4. kawan kakak ling ling
    October 27, 2011 at 4:56 PM

    aku terperasan yang hang mesti akan pakai seluaq macam hip hop tu macam seluaq adam AF la…

    • October 27, 2011 at 5:21 PM

      Aku drive kete naik ataih tu kira ok la, tapi senak gak aaa main gear 1,2,3 je tiap masa..

      Bab turun tu aku cuak sket sbb dulu selalu aku tengok org tersadai tepi jalan sbb brek overheated. langsong tk makan time nak turon. aku rasa tu la sebab byk berlaku eksiden kalo turun genting… bahaya woooo….

      Bab sluar ni aku nk habaq mai, sluar tu aku beli tahon 2004. masa tu aku masih hip-hop, sampai la ni ada lagi muat pulak tu. maknanya BMI aku berada di paras yg munasabah la yoeb. hehehe…

  5. aTan
    October 27, 2011 at 10:12 PM

    Bila pula nak ajar anak petik buak kelapa sawit..?

    • October 27, 2011 at 11:22 PM

      Hahaha.. tak penah lagi aku dengar org petik buah kelapa sawit. kalo kait kelapa sawit tu biasa la.

      Nampaknya aku kena berguru dulu aa ngan ko camne nk petik kelapa sawit… hahahha…

  6. aTan
    October 27, 2011 at 10:12 PM

    aTan :
    Bila pula nak ajar anak petik buah kelapa sawit..?

  7. October 28, 2011 at 2:05 PM

    puanhasanif :

    oit mahal tu..tp kira semual kos nak ke CH ok rasanya….

    Yup Yup… kalo ada masa dan nk lagi syok better gi cameron.
    Aku pi jalan2 ni pun takat setengah hari je, saje2 jalan. ptg dh balek umah.

    Tapi kalo gi cameron baik bermalam kat sana, baru syok layan kabus pagi.. hehe

  8. kawan kakak ling ling
    October 28, 2011 at 2:51 PM

    tu yang aku takot nak pi genting naik keta tu, sebab dia punya kechuraman sangat tinggi. brek buleh haus oooooooooooo….. aku naik bukit larut je la, ataupon naik fraser’s hill ja…

    • October 28, 2011 at 3:18 PM

      Skali skala apa salahnya bro… Boleh gak test skill driving ko, tambah pengalaman beb.

      Aku pon baru 2 kali drive naik genting, risau gak mula2 drive sana. Bab drive tu aku ok lagi, tapi takot kete takleh pegi. buatnya overheat radiator mampuih nk carik mekanik camne.

      Pepehal pon syukur takde apa2 jadik. 8)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s