Home > WoRD LiFe > Buta tiba-tiba…

Buta tiba-tiba…

Glaucoma adalah penyakit saraf optik. Saraf optik adalah sebahagian daripada mata yang berfungsi membawa imej yang kita lihat dari mata ke otak. Saraf optik terdiri daripada banyak gentian saraf (seperti kabel elektrik yang mengandungi pelbagai wayar). Glaucoma ada satu senario dimana kerosakan gentian saraf yang boleh menyebabkan bintik buta dalam visi dan kehilangan kehilangan penglihatan secara kekal.

APAKAH PUNCA?

Terdapat banyak sebab kegagalan sistem saraf optik, sepertimana terdapat banyaknya punca kegagalan jantung. Salah satu ciri unik ialah simptom ini tidak menunjukkan sebarang gejala dan majoritinya terjadi dalam kes-kes peringkat awal. Dan setelah visi penglihatan mula terjejas, ianya sudah terlalu lewat untuk mencegah simptom buta ini terjadi. Beginilah gelaja penyakit ini berlaku sehingga ianya mencuri deria penglihatan anda! Anda tidak akan sedar bahawa anda mengalami simptom ini sehingga ianya merampas penglihatan anda.

FAKTOR RISIKO

Salah satu faktor risiko utama yang mempunyai kaitan dengan galucoma ini ialah akibat dari tekanan di dalam mata atau tekanan intraocular (IOP). Apabila cecair jernih yang dipanggil ‘aqueous humor’ yang biasanya mengalir di dalam dan keluar mata tidak boleh mengalirkan dengan betul, tekanan terbina dalam mata. Peningkatan di IOP ini boleh merosakkan saraf optik.

Antara faktor lain penyebab simptom ini ialah:
• Berada dalam lingkungan usia tua
• Simptom keturunan
• Kencing manis
• Migrain
• Sejarah penggunaan steroid
• Kecederaan mata

Senarai ini tidaklah lengkap. Jika anda berusia melebihi 40 tahun dan mempunyai faktor-faktor risiko yang disebutkan di atas, anda mungkin termasuk dalam kategori ini:

Primary Open Angle Glaucoma

Bentuk yang paling umum ialah glaukoma sudut terbuka, di mana cecair larutan yang biasanya beredar di bahagian depan mata disekat daripada mengalir keluar dari mata melalui sistem perparitan yang kecil. Ini menyebabkan cecair tersebut tidak dapat mengalir dan mengakibatkan tekanan di dalam mata meningkat, seterusnya boleh merosakkan saraf optik dan membawa kepada kehilangan penglihatan. Kebanyakan pesakit yang mengalami sindrom glaukoma sudut terbuka tidak akan merasai apa-apa gejala sehinggalah penglihatan mereka terjejas.

Angle-Closed Glaucoma

Simptom ini berlaku dimana, iris (bahagian berwarna mata) boleh terjatuh dan menutup sepenuhnya sudut parit, yang mana akan menghalang aliran bendalir di mata. Ini boleh menyebabkan IOP meningkat dan mengakibatkan kerosakan saraf optik. Keadaan ini dianggap membimbangkan kerana akan berlaku kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam sahaja. Antara gejala-gejala yang boleh dikesan termasuklah sakit kepala, loya, muntah-muntah, terlihat lingkaran cahaya atau warna-warna di sekeliling lampu, dan sakit mata.

Normal Tension Glaucoma

Gejala ini bukan hanya berlaku kepada meraka yang mengalami tanda-tanda seperti dinyatakan malahan mereka yang “normal” tahap IOP juga boleh mengalami kehilangan penglihatan akibat Glaucoma. Keadaan ini dipanggil Normal Tension Glaucoma. Glaucoma jenis ini, sukar untuk difahami tetapi salah satu caranya ialah menurunkan kadar IOP bagi melambatkan perkembangan Glaucoma ini.

Paediatric / Childhood Glaucoma

Glaucoma terhadap kanak-kanak jarang berlaku, tetapi ianya boleh bermula pada peringkat awal, kanak-kanak atau remaja. Terdapat beberapa gejala pada peringkat awal dan ianya boleh mengakibatkan buta jika tidak dirawat. Seperti kebanyakan jenis Glaucoma ia mungkin disebabkan faktor keturunan.


Rawatan & Pembedahan

Pemeriksaan tetap dengan pakar mata anda adalah penting jika anda berisiko untuk keadaan ini. Jika anda didiagnosis mempunyai Glaucoma, rawatan yang biasa ialah dengan menggunakan ubat titis mata untuk menurunkan tekanan intraocular anda. Terdapat banyak jenis ubat titis mata yang berkesan boleh didapati pada masa kini dan yang biasanya digunakan sekali atau dua kali sehari. Walau bagaimanapun, jika anda didiagnosis mempunyai Angle-Closed Glaucoma maka rawatan sepatutnya ialah dengan melakukan pembedahan laser untuk membuka kembali sudut tersebut.

Rawatan dan tindakan susulan untuk memeriksa Glaucoma merupakan langkah berterusan sepanjang hayat. Ia adalah sama dengan yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau kencing manis. Jika anda mengawal tekanan darah anda atau kencing manis, maka anda tidak akan mendapat komplikasi. Jika anda adalah seorang pesakit Glaucoma yang dapat mengawal tekanan intraocular anda, maka buta boleh dielakkan. Jika anda berhenti menggunakan ubat titis mata atau berhenti untuk membuat pemeriksaan mata susulan, maka penyakit ini masih boleh berlaku dan seterusnya membawa kepada buta.

Pembedahan boleh dilakukan jika tekanan mata anda tidak boleh dikawal, walaupun dirawat dengan ubat titis mata atau laser. Jika penyakit anda tidak menjadi terlalu teruk, pembedahan masih boleh dijalankan bagi menghalang kehilangan penglihatan. Pembedahan, bagaimanapun, tidak boleh mendapatkan kembali penglihatan yang telah hilang.

Sumber:
Medicinenet
Glaucoma.org

Categories: WoRD LiFe
  1. kawan semua orang
    October 31, 2011 at 2:13 PM

    ini merupakan satu fenomena yang berlaku sekarang, banyak jugak org yang kena macam nie…

    bacalah al-furqan selalu….

    • October 31, 2011 at 2:17 PM

      Ada event psl galucoma ni kat kolej aku bulan lepas, so aku kongsi la sesama.

      Sebenarnya ramai yg tak tau pasal ni, so aku war-warkan untuk pengetahuan semua.

  2. kawan semua orang
    October 31, 2011 at 4:19 PM

    bagus jugak nie, ini semua penting bagi manusia yang selalu mengadap komputer nie, serta layan laptop dan ipad… yang tak pakai spec pon akan pakai spec macam aku nie la… aku pakai spec start darjah 4 tahun 1987… power dah 500…. sekarang aku pakai spec power 750… macam vulcan plak.

    • October 31, 2011 at 5:00 PM

      Hahaha.. Vulcan paling besar sampai 2000cc. aku berdoa agar hang tak follow Vulcan, kalo tak hang cuba bayangkan camne tebalnya kanta power 2000 tu.. hehehe

      Maklumat untuk kepentingan semua. kekadang kita tak tau penyakit apa yg kita hadapi, so kalo ada info camni mudah-mudahan kita dapat tau tentang glaucoma ni dan kalo ada tanda-tanda penyakit ni kita dapat cara jalan untuk mencegah dari jadik lebih teruk.

      Wallahualam….

  3. kawan semua orang
    November 2, 2011 at 3:02 PM

    aku sekarang amalkan minum madu, habbatus sauda dan stevia dan kismis…

  4. pina
    March 26, 2012 at 9:36 AM

    salam..
    org yg tetiba buta tu, kalo sda buat rwtn ada hrpn utk melihat semula x.?

  5. dr. yeye je
    October 27, 2012 at 1:46 PM

    ada tapi aku xpasti apekah ubatnye mungkin di utan borneo… ini serius..aku pun hampir buta tuk mencari jln penyelesaian..

  6. dr. al yeye jerrr
    October 27, 2012 at 1:55 PM

    aku pun ade dgr dr. Martis Gomes dr sri lanka. kawasan utan borneo ada jln jln pnyelesaian nye.. kalau ada pape boleh contex beliau 01240422?? name Dr. ah yeye Chin..yg lbeh aku xtau.. beliau ada jual ubat nye…

  7. USTAD MAKSOM (jgn memain taw)
    October 27, 2012 at 1:58 PM

    MARTIS GOMES SIAPA.???? KENAPE KORANG MEMAIN2..??
    KORANG XRASE BERSALAH KE..??
    MAT YER TOLONG JGN MEMAIN YE.,. XSUKE TAW.. AHAKS..

  8. aku seorang adik yg baik
    October 27, 2012 at 2:03 PM

    masyaAllah… apekah yang korang lakukan ini..?? tidak sampai hatikah korang..? ko kene glaukoma brtaw.. ustad maksom pon memain jgk.. kate jgn memain..!!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s