Home > WoRD LiFe > Adab bergurau

Adab bergurau

“Janganlah marah, gurau pun tak boleh?”

Begitulah kata-kata yang sering kita dengar apabila seseorang itu mengeluh selepas menjadi mangsa gurauan berlebihan dari kawan sendiri. Sebenarnya, tidak salah untuk kita bergurau atau berjenaka dengan kawan-kawan kita, tapi perlulah berpada-pada.

Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Ia boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yang boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”
– Riwayat Abu Daud.

Dalam Islam telah digariskan adab-adab untuk kita bergurau agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.

1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW.

2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Categories: WoRD LiFe
  1. aTan
    November 9, 2011 at 7:39 PM

    paling best bergurau dapat menjulang penyokong T’ganu yang kalah dan kecewa…..haaaa

    • November 10, 2011 at 8:33 AM

      Kah kah kah… gurauan tahap melampau tu. kecik ati brader ganu tu… hahaha…

  2. Huzaifah ibnu Yaman
    November 10, 2011 at 8:49 AM

    betul lah, kalau dah kecik kan hati org, itu dah menjadi gurauan yang keterlaluan tu. sebab menyakitkan hati seseorang. lebeh baik mintak maap dengan org tu. dah kira berdosa tu. jaga-jaga, gurauan kadangkala menjadi pergaduhan, bila dah gaduh, akan berseteru dua pehak. dan terputus silaturrahim sesama umat Islam.

    • November 10, 2011 at 9:16 AM

      Bang nandre, aku nk mintak maap kat hang. aku kan selalu bergurau over2 ngan hang, takot hang kecik ati. tapi aku rasa dak kan? Hehehe…

  3. yanty
    November 10, 2011 at 12:46 PM

    dengan bini nie ha kena mintak maaf tau..sebab banyak gurau kecik atie.. ;( uhuk uhuk uhuk

    • November 10, 2011 at 3:14 PM

      Ala, gurau2 tp org tu amek ati sapa suruh? kan dh kocik ati….

  4. Huzaifah ibnu Yaman
    November 10, 2011 at 3:14 PM

    mohd ‘stunt’ amien nie aku tak kesah sangat la, tapi takut org lain la…
    aku dgn hang nie dah macam adek beradek semotor dah nie. hahahaha

  5. aTan
    November 10, 2011 at 9:59 PM

    bro …mana gambar mat julang..?

    • November 11, 2011 at 9:00 AM

      Jap bro, nanti aku boh.. keh keh keh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s