Home > WoRD LiFe > Budak-budak zaman 80an

Budak-budak zaman 80an

Assalamualaikum.

Aku lahir tahun 80an. Zaman 80an sebenarnya banyak memberikan kenangan buat aku start dari budak-budak hinggalah ke zaman sekolah rendah. Budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat perkara-perkara ni masa di sekolah rendah dulu. Jom layan sesama:

# Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita. Harini bagi list, esok mintak duit beli walaupun jalan cerita buku tu semua dah tau. Salesman susu kekadang pon camtu gak.

# Mesti pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ade air pastu ada benda-benda berkilat dalam air tu. Cikgu pulak pakai pembaris kuning panjang. Selain untuk lukis garis lurus, juga digunakan untuk mengetuk tangan budak-budak yang degil.

# Bulu ayam akan jadi ramping sebab sering dijadikan rotan oleh cikgu. Carik-carik bulu ayam.. Hahaha…

# Balik sekolah beli JoJo tak pon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die kekadang tu tak makan pon.

# Kat Library, memang ramai budak-budak datang baca buku tapi sebenarnya just tengok gamba je. bila ade program Nilam, baru la sebok-sebok semua pakat nak pinjam buku.

# Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon tetap join RMT, pelik-pelik…

# Time pendidikan seni semua boleh melukis tapi bile time bab kaler semua hampeh. Pendidikan jasmani pulak merupakan subjek yang paling best kat sekolah. Yabedabeduuu….

# Main game 2D. Super contra, Super mario, Street fighter, sume pakai tape je. Ada gak tape yang ada 9999 game, tapi hampasss semuanya dusta belaka. Semua game-game yang duplicate.

# Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca.

# Seluar sekolah pula jenis yang bertempah, baru kool. Yang paling femes dah semestinya jenis straight-cut ngan bough-cut. Time perhimpunan sure kena tangkap ngan cikgu displin punya la.

# Takut BCG tapi lepas inject muka sorang-sorang poyo je, lebih-lebih lagi bila nampak awek kelas sebelah…

# Siri kartun zaman ni: Dragonball, Power Rangers, Ultraman, Ninja Turtles, Thundercats, He-Man, Maskman, Gaban, Kickers, Joe Jambul dan macam lagi kartun dah jadik satu kewajipan untuk menonton.

# Mesti ada yang jual tikam lepas abis sekolah, kedai kat area sekolah pun ada jual. Hari hari beli, ada buku sticker Street Fighter..kalau lengkap boleh dapat Nintendo. Tapi ramai yang kena auta gak ngan tikam nih. Huhu.

# Program minum susu kat sekolah, ini favourite beb, beli susu harga 30 sen. Kadang kadang ada jugak vitagen.

# Kapur papan hitam dijadikan senjat aoleh cikgu untuk baling budak-budak yang tido dalam kelas. Kelass ko Jah!!

Jadi ni semua list perkara—perkara yang pernah dilalui oleh budak-budak yang lahir sekitar tahun 80 an. Tapi zaman sakarang budak-budak memang dah tak layan benda-benda ni. Asyik mengadap laptop, ipad, TV ngan PS je la. Manusia akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita serta kenangan-kenangan silam tu yang akan kekal selamanya. Kalo korang faham dengan entry yang ditulis ni, memang korang budak-budak zaman retro 80 an. Bila terkenang-kenang rasa syahdu beb.

Peace yo!

Categories: WoRD LiFe
  1. Huzaifah ibnu Yaman
    December 20, 2011 at 10:12 AM

    aku suka inspoector gadget…1985

  2. Huzaifah ibnu Yaman
    December 20, 2011 at 10:15 AM

    # Mesti pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ade air pastu ada benda-benda berkilat dalam air tu. Cikgu pulak pakai pembaris kuning panjang. Selain untuk lukis garis lurus, juga digunakan untuk mengetuk tangan budak-budak yang degil.

    ini satu item yang best la, aku suka roti panjang kuning nie

    • December 20, 2011 at 10:33 AM

      Aku dulu rajin gak kena ketok tangan ngan menatang kuning ni. tu makan diaaa sbb tak siap keje rumah. hahaha… cikgu yg ketok tangan aku tu namanya cikgu rossida… hahaha

  3. Huzaifah ibnu Yaman
    December 20, 2011 at 2:52 PM

    kapoq tu selalu tulih atas kursi, bila member dok, terus ada cop kat punggong dia

  4. Huzaifah ibnu Yaman
    December 20, 2011 at 2:53 PM

    aku org 1970an, tapi membesaq dalam tahun 1980an yang bermulalah dengan era rock kapak pada 1985 di mana search dengan lagu pertama dia – isi dan kulit…dalam tv1

  5. Huzaifah ibnu Yaman
    December 20, 2011 at 2:54 PM

    susu sekolah tu akan datang setiap beberapa bulan, beli jugak aku…

    kalau ada org juai buku, aku akan beli jugak.. selalunya cherita novel kanak-kanak la, hardy boys, dan lain-lain…

    RMT – aku pernah jugak dapat kalau member tak datang sekolah

    • December 20, 2011 at 4:09 PM

      RMT tu aku dpt hari2.. blasah je la, janji kenyang.
      bab2 makan ni takde nk kisah sgt yoeb, hatta kat uitm dulu pon sental je la ikan jaket tu hari2. hehe…

  6. amirul
    February 25, 2013 at 4:14 PM

    korang ade tak main motor kecik tayar besi , kena tarik dulu pas tu biar dia jalan, gempak tu!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s