Home > WoRD LiFe > NJOI ~ Satelit TV percuma di Malaysia

NJOI ~ Satelit TV percuma di Malaysia

KUALA LUMPUR: Astro melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, maklumat, hiburan, termasuk sukan, secara percuma untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa. Beliau berkata menerusi fasa pertama, Astro akan mengagihkan 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih.

“Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.

“Menerusi fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012,” katanya pada pelancaran NJOI di sini hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi Astro Datuk Badri Masri.

Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.

Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya. “Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan,” katanya. – Bernama

NOTA: Betul ke percuma? Atau sekadar gimik promosi awal sebelum pengguna dikenakan bayaran dikemudian hari? Sama-sama kita renungkan…

Categories: WoRD LiFe
  1. December 22, 2011 at 7:37 AM

    betul2 aku setuju ngan ayat ko yg last tu….ermm bukan boleh harap sgt pungg

    • December 22, 2011 at 10:19 AM

      Takpa takpa.. just wait and see….

  2. Huzaifah ibnu Yaman
    December 23, 2011 at 9:53 AM

    gimik ja nie, lepas beberapa bulan selepas org ramai dah lali atau lupa dengan promosi yang sebelumnya itu, maka depa pon akan decide macam mana nak raih keuntungan drpd penjualan produk nie.. tak kan tak mau untung kot?

    sekarang nie memang la berduyun-duyun nak bagi promosi free kat rakyat. lepas nie adalah ongkosnya akan dikeluarkan oleh rakyat.

    “Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan. ”
    – daripada sini pon kita dah nampak akan ada sedikit bayaran permulaan yang tak tau berapa ringget..

    dan selepas itu barulah datangnya kos yang tak dijangka-jangka, org bila dah pasang mesti la nak tengok, nanti bila dah kena caj, servis kena potong, kalau nak tgk, kena bayaq…

    akhernya, servis berbayaq la jugak…. come on la, ini Malaysia la… bukan Brunei…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s