Home > WoRD LiFe > Rangkuman 2011…

Rangkuman 2011…

Assalamualaikum.

Yaaa….. Untuk pengetahuan semua, ni merupakan entry akhir untuk tahun 2011. Malas dah nak menulis esok, jadi bermakna ini adalah tulisan yang terakhir buat tahun ini. Sekejap je aku rasanya dah habes pon tahun 2011. Pejam celik pejam celik tup tup tahun 2012 akan membuka lembarannya.

Sepanjang tahun 2011 ni banyak jugak agenda yang berlaku dalam hidup aku. Jadi aku rangkumkan beberapa trivia menarik yang berlaku dalam hidup aku bagi tahun 2011. Mudah-mudahan mendatangkan kenangan manis sekiranya aku membaca tulisan ini di masa hadapan:

1] Tahun 2011 bermakna anak lelaki aku Asyraff Khalish telah menjangkau usia 2 tahun. Insyaallah ini merupakan tahun terakhir beliau bermain, menjerit, melompat, memanjat, beraya seorang diri. Tahun hadapan Insyaallah akan ada teman baru.

2] Peristiwa menarik tahun 2011 berkenaan dengan family aku sudah tentunya gathering paling complete sepanjang tahun ni. Semua ahli keluarga kaum kerabat MJ Clan berkumpul semasa majlis konvokesyen adik bongsu aku. Time raya pon tak dapat nak kumpul semua. Hehe.

3] Berita menggemparkan yang big bro aku kena rompak masa bawak duit RM90K. Kena simbah ngan cili boh pastu depa dok rompak dia. Alhamdulillah semuanya selamat pastu. Start haritu kitaorang panggil dia ngan gelaran ’Ciliman’. Hahhaha…

4] Tahun 2011 juga memberikan makna tersendiri buat keluarga kami. 2 ahli baru MJ Clan telah selamat mendaftarkan diri secara rasminya. Welcome to da club Nuha Saffiyah dan Mohammad Aryan.

5] Yang ni tak berapa best nak cerita. Tahun 2011 bermaksud umur aku dh masuk 28 tahon. Perghhhh sket je lagi nak masuk ke Kelab Tiga Kupang yang dipengerusikan oleh Nandre The Legend. Nampaknya tahun depan aku kena amek borang siap-siap la untuk kelab ni.

6] Pertama kali muka aku terpampang dalam majalah kat Malaysia ni. Selama ni femes kat majalah redaksi sekolah je, kali ni masuk majalah Mingguan Wanita beb. Rasa cam artis beb… Wahahhahaha…

7] Ramai geng-geng seperjuangan aku time zaman belajar kat UiTM dulu mendirikan rumahtangga tahun 2011 ni. Antara yang selamat diijab-kabulkan ialah Syuhairi, Ayien, Badul, Kayroo dan Tocik. Syabasss kawan.

8] Trip percutian ke Sarawak merupakan acara paling bercuti paling seronok setakat ni. Kira paling grand jugak la pasai semua ahli keluarga mertua aku join acara bercuti sambil menyopping kek lapes sarawak nih. Huhu….

Setakat itu sahaja rangkuman beberapa peristiwa yang menarik sepanjang 2011 ni, Insyallah kalau ada umur berjumpa pulak kita dalam entry untuk tahun 2012. Selamat menyambut tahun baru buat semua teman seperjuangan.

Layannnnn…

Categories: WoRD LiFe
  1. Huzaifah ibnu Yaman
    January 3, 2012 at 10:52 AM

    amien, hang takkan terlepaih dari menyertai kelab tiga kupang nie, kelab yang penuh dengan kecheriaan seperti kata bob af: ceria….

    • January 3, 2012 at 11:33 AM

      Keh keh keh… itu satu kemestian. ada 2 tahun lagi utk aku bersedia masok dlm kelab ni. Insyaallah….

      P/S: Nanti jgn lupa emailkan borang pendaftaran kat aku ek. =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s