Home > WoRD LiFe > Baucar buku RM200

Baucar buku RM200

Assalamualaikum.

Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.

Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Sumber: Berita Harian

Categories: WoRD LiFe
  1. Huzaifah ibnu Yaman
    January 17, 2012 at 11:35 AM

    Baucar buku …. ambek saja kalau org mau bagi, bukan senang nak dapat duit itu macham…

    kepada BR1M – pon sama, ambek saja kalau org nak bagi…

    serupa la macam ayer free kat selangor smenjak 2008, jangan bising-bising, tak payah protes, ambek saja kalau org nak bagi

    • January 17, 2012 at 12:22 PM

      Orang dh bai kita sapu je bro… pusing2 sana pusing sini tu sumer duit rakyat gak…

      cukup masa kita pangkah… huhu

  2. January 17, 2012 at 12:17 PM

    aku layak la kan wei?

    • January 17, 2012 at 12:23 PM

      Tersangat layak.. sila amek baucar anda sebelum ia dikebas orang… hahaha

      • January 18, 2012 at 8:39 AM

        yeahhh hari wilayah nanti aku p amek la…tenkiu for the info amien!

  3. January 18, 2012 at 8:40 AM

    yeahhh hari wilayah nanti aku p amek! terima kasih atas maklumat yg diberikan ye en amien🙂

    • January 18, 2012 at 9:52 AM

      No problem. yg baik kita sama2 kongsi, yg buruk sama2 kita keji…. huhu

  4. Huzaifah ibnu Yaman
    January 18, 2012 at 1:36 PM

    yang buruk sama-sama kita pangkah…ambek ambek jugak, pangkah itu masing-masing punya hati, tu semua duit rakyat yang kita dok bayaq chukai pendapatan semua tu…

  5. Huzaifah ibnu Yaman
    January 18, 2012 at 1:37 PM

    suhana,

    hang kena pi awai-awai sikit, sebab ramai org kl akan serbu pejabat kat shah alam, petaling jaya, serdang, bangi, klang dan puchong sebab org selangoq semua kerja hari tu

    • January 18, 2012 at 2:26 PM

      Betui betui.. barang free konpem ramai org kasi sebu punya…

      Aku dulu kat PLF suka mkn free, awai2 lagi dok serbuuuu… hahaha

  6. Huzaifah ibnu Yaman
    January 18, 2012 at 1:39 PM

    majalah mangga dan ePop tak buleh beli la, sebab itu majalah org Melayu…

  7. ilham
    February 18, 2012 at 12:11 AM

    kolej komuniti chenderoh xdpt r.. panas tol…..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s