Home > WoRD LiFe > Lorong 1Malaysia

Lorong 1Malaysia

Lorong 1Malaysia? Apa tu?

Bunyinya seakan-akan entry pro Kerajaan, tetap harus diingat aku bukan tergolong dalam spesis itu. Hahaha… Jadi harini entry aku ni aku cedok sikit berkenaan dengan suatu keperluan manusia. Fitrah manusia iaitu memerlukan makanan untuk hidup. Al kisahnya aku dah bermastautin di kawasan Petaling Jaya ini untuk bekerja lebih kurang dekat 3 tahun dah. Sepanjang tempoh itu banyak perkara mengenai makanan yang aku telah lalui. Bukan untuk menjadi Masterchef Malaysia, tetapi sekarang memberi gambaran fenomena hidup di kota masakini.

Jaya One, antara salah satu pusat komersil baru yang ada di kawasan petaling Jaya ini memang penuh dengan keseronokan dunia. Ramai yang berpendapat kawasan ini merupakan kawasan untuk orang minum-minum, mabuk dan bersosial sahaja. Tetapi perlu diingat, kawasan inilah tempat aku mencari rezeki nun di Khutub Khanah IACT College.

Soal makanan pasti menjadi isu. Kos sara hidup untuk bekerja kat sini memang tinggi. Bayangkanlah kalo korang makan kat kedai mamak area ni, sajian nasik kosong + ayam goreng + sayur sahaja dah berjumlah RM8. Apakejadahnya nak survive bagi mereka yang berpendapatan rendah semacam aku ni. Sudah pasti suatu yang agak berat untuk berbelanja sehari-hari demi untuk sehidang makanan lunch sahaja.

Jadi disinilah bergunanya Lorong 1Malaysia yang aku cakap tadi. Lorong ini adalah merupakan satu deretan kedai yang menjual makanan bermula dengan sarapan pagi dan fokus utamanya iaitu hidangan tengahari untuk para pekerja sekitar kawasan ini. Di sini sahaja tempat korang boleh menikmati makanan pada kadar yang murah dan sedap. Jauh berbeza jumlah harga yang perlu dibayar sekiranya korang ingin menikmati makanan di sekitar kawasan Jaya One ni.

Kenapa Lorong 1Malaysia? Itu la, kalo lepak kat sini korang boleh tengok semua kaum ada berkumpul menikmati makanan kat sana. Melayu, India, Cina, Singh, kaum Sabah Sarawak pon ada melepakkan diri kat sini. Tak masuk lagi warga Indonesia, perghhh tu dah kira International. Haha. Jadi apa yang aku perkatakan ialah ini merupakan port paling menjimatkan sekiranya korang nak survive kalau bekerja di area Jaya One.

Aku dah dekat 3 tahun kat sini, dan ini memang merupakan port wajib aku hampir setiap hari kerana aku kurang mampu hendak membayar RM8 untuk sepinggan nasik, ataupun berpuluh-puluh ringgit untuk melepak makan di Old Town, Wendy’s, Tappers dan Starbuck yang bercambah naik kat sini. So ini adalah satu port yang aku reveal khas untuk korang semua dalam apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari aku selaku warga kerja di area ini. Kat sini ada kedai makanan melayu, masakan cina, masakan mamak, kedai juai buah, kedai juai air yang mana ini merupakan port yang berdekatan dengan Cold Storage, TAR College, kilang Dutch Lady dan jugak Proton Service Center. Dan disinilah aku selalu menjamah makanan harian aku tanpa ada sebarang kompromi.

Walaupon fasiliti kat sini nampak huduh, tetapi makanannya memang superb dan murah. Bayangkan korang ambik sepinggan nasik + ayam atau ikan goreng + sayur + sambal belacan, cili kicap, tempoyak kena caj RM3.50 je. Perghhh heaven beb. Jauh beza dengan kedai mamak yang aku cerita memula tadik. Layan je la sampai perot kenyang. Begitulah dok ada cerita aku survive kat kawasan ni. Bukan kerna tak berkemampuan sebenarnya, tapi lebih kepada penjimatan dan menjaga perut melayu aku ni. Giler hapa hari-hari nak layan burger Wendy’s, tak dapek la der… Haha…

Sebenarnya ini gak bertitik tolak dengan kos sara diri kat kota secara am. Sebenarnya untuk pengetahuan umum kat Malaysia ni harga barang dah semakin naik menggila. Pelik betul aku pak menteri buat keje apa? Jadi salah satu cara nak survive korang kena pandai la ikhtiar, penyelesaiannya ialah carik la kedai-kedai yang mampu membantu pelanggan untuk mengisi perut dengan kadar yang berpatutan. Guess what? Kedai pakcik yang aku selalu lepak makan tengahari berharga RM3.50 ni confirm sold-out jam 1.30 petang. Bayangkanlah betapa maju bisnes dia berkat tak mencekik darah dalam berniaga. Kepada pakcik n the geng, syabas. Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepada anda sekeluarga.

Begitulah coretan panjang sedikit aku di tahun baru 2012. Saje je menaip sebab dah lama main copy paste je entry. Itulah dia hidup aku. Jom reramai lepak sini, mamak yang jual air kat sini pon dah kenal aku. Takyah order, terus je dia hantar air. Hahaha…

Challo dulu, nanti aku sambung cerita lagik… =)

P/S: Teringat zaman muda-mudi dulu. Hari2 beli 2 bungkus nasik lemak, satu untuk breakfast satu untuk lunch. Azab wooo zaman tu.

Categories: WoRD LiFe
  1. Huzaifah ibnu Yaman
    January 19, 2012 at 10:45 AM

    ya amein,

    ini cherita yang aku paleng setuju, di zaman yang serba menaik dan menchabar pangkah nie, kita mesti chari tempat makan yang buleh bayaq la, serupa la macham kat Putrajaya (Putarjaya) nie, kedai makan melambak-lambak, tapi harga dia ada yang sembelih la jawabnya.

    aku kalau keluaq ada urusan seri paduka baginda, aku akan singgah kay kedai org juai nasik kat flat hijau presint 9, untuk chari nasik yang murah siket berbanding kedai-kedai lain kat presint atau medan selera presint 9… dulu takdak org juai kat area flat hijau tu, walaupon lauknya kurang banyak berbanding dgn kedai-kedai lain tu, namun dari segi fulus dan perbelanjaan yang dikeluaqkan akan rasa berbaloi dan tak ralat..

    tapi berbanding dengan shah alam, aku tak kesah kedai mana pon, sebab kebanyakkannya adalah harga yang buleh diterima akal lagi la…. seksyen 6 adalah salah satu tempat feveret aku untuk beli nasik walaupon dah kerja selama 9 tahun nie… hang pon tau kan seksyen 6 punya gerai juai nasik tu. skrg rupa dia dah cantek dah, tak macahm dulu…

    seksyen 2 pon kira ok lagi sebab harga students.. tu yang murah… Putrajaya ni tadak tempat student, tu yang depa sembelih tu.

    • January 19, 2012 at 11:00 AM

      Yaaa… betui tu kawan, dalam dunia serba mencabar mahainya ni kita kena rajin carik alternatif. bab makan yg oaling tk tahan tu, kalo mahai melampau baik takyah pi, kalo tk makin melampau la pulak owner tu.

      aku layan gak makan kat seksyen 6, tapi area pasar elit tu la. ada satu kedai juai ikan bakaq terbaaekkk woo.. byk sedap… layannn…

  2. Huzaifah ibnu Yaman
    January 19, 2012 at 10:46 AM

    tapi bila tgh hari aku makan biskut cicah kopi o ja, lagi jimat tak payah keluaq…
    hehehehehehehe

    itu ja cherita dia…

  3. Huzaifah ibnu Yaman
    January 19, 2012 at 3:56 PM

    betul la tu, kedai makan area sebelah market seksyen 6 tu la yang aku selalu beli… nasik bungkuih dalam kertas coklat ja, nasik + ayam + sayur + hati ayam sikit = RM 3.70…. kat mana lagi bule dapat camni?

    atau pon kat padang jawa, pon ok jugak….

    • January 19, 2012 at 4:01 PM

      Yup yup terbaaekkk… mmg syiok makan kat situ. lagi best dari makan kat kedai mamak yg dok bercambah kat shah alam ni. dah la mahai, byk bulu plak tu… opppss… jgn terasa aaa…..

  4. Huzaifah ibnu Yaman
    January 20, 2012 at 3:53 PM

    hheheheheheehehehe, mamak la bukan benggali hahahahahaaa

  5. January 25, 2012 at 12:45 PM

    iye betui la.teringat masa zaman muda2 dulu.pagi petang mkn nasik lemak.mkn kat bwh meja lak tu..sampai ada nasik lemak yg kena oijak..haha..tapi peliknya aku tak gemuk pun w/pun melantak nasik lemak hari2.sampaikan hampir2 jadi menantu makcik jual nasik lemak tu..haha..

    • January 25, 2012 at 10:49 PM

      Aku mmg suka nasik lemak pijak tu… sungguh enak rasanya…. hahaha….

  6. Huzaifah ibnu Yaman
    January 25, 2012 at 4:08 PM

    kak uda ni spesies yang susah nak gemuk… tengok sampai skrg, kecik ja kak uda tu.. tengok macam suliea, kecik ja sampai skrg….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s