Home > WoRD LiFe > Aina Zahraa

Aina Zahraa

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah dan kurniaNya telah menghadiahkan kami sekeluarga dengan hadiah tahun baru 2012. Pada 3 Februari yang lepas, telah selamat lahir ke dunia seorang puteri hati kami yang dinamakan dengan nama Aina Zahraa, syukur Alhamdulillah.

Selama 72 jam a.k.a 3 hari aku berulang-alik dari Shah Alam ke Hospital Sungai Buloh, pertama hanya sekadar ingin membuat pemeriksaan kandungan. Tetapi dek kerana didapati bayi di dalam perut mama-nya seberat lebih kurang 4 kilogram, terus wife aku dimasukkan ke unit PAC (Dewan Bersalin) untuk pemeriksaan lanjut.

Hari pertama aku sekadar melepak dengan agak bimbang kerana tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam PAC tu. Khabar berita pun takde sehinggalah lebih kurang jam 5 petang wife aku membawakan perkhabaran bahawa beliau harus ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Dan aku pulang hampa..

Hari kedua, wife menggesa aku untuk datang ke Hospital sedikit awal kerana doktor ingin berjumpa denganku. Bila dengar berita camni aku dah gusar, dan apabila aku berjumpa doktor ternyata ada sesuatu yang perlu dipertimbangkan. Doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan dek kerana baby agak besar dan mungkin akan mengalami kesukaran bagi mama-nya untuk melahirkan secara normal. Jadi dengan sebulat suara kami mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan supaya kedua-duanya selamat.

Hari ketiga, aku datang ke Hospital pada waktu tengahari memandangkan operation akan dilakukan jam 12 tengahari. Pabila tiba di sana, wife aku telahpun dimasukkan ke Dewan Bedah. Aku hanya dapat menunggu di luar sehingga pembedahan selesai. Dan kira-kira jam 1 petang, isteri aku selamat menjalani pembedahan dan lahirlah seorang insan yang kami semua tidak jangkakan, seorang bayi perempuan seberat 4.05 kilogram!!

Alhamdulillah, sekarang sudah lengkap bilangan gender dalam famili aku. Pada mulanya doktor menyatakan kandungan kali ini merupakan seorang lelaki, aku pon tidak meletakkan harapan jauh sekali berasa kecewa dengan imbasan yang doktor tu lakukan. Tetapi dengan izin Allah akhirnya cukup sekelamin (bab kata mak aku) ahli keluargaku ini.

Syukur ke hadrat Ilahi, semoga akan bertambah kasih sayang dalam kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran insan baru ini. Aina Zahraa, selamat datang ke dunia! Allahuakbar!

P/S: Frame gambo Aina ada bunga-bunga, tema khas untuk seorang puteri.. hehe

Categories: WoRD LiFe
  1. February 6, 2012 at 12:10 PM

    wah,besaqnya anak hang amiento! 2x ganda anak aku ms lahir..
    tahniah ye en amien.dah sepasang penyeri hidup.Nama pun sedap.ahli kelab suzi,sulie,aku,duna masing2 dah sepasang anak,tapi presidennya bila agaknya ye..hehe
    en nandre boleh jwp?

    • February 6, 2012 at 1:54 PM

      Terima kaseh daun keladi chekgu myasara…

      begitulah adanya, satu kurniaan Allah yg hader dlm hdop kami.
      maka dengan ini sudah lengkaplah bilangan gender dlm famili kami.
      juga berjaya mengikot jejak langkah kali semua yg sudah cukup korum keluar termasoklah puan maria qibby.

      jadi tuan presiden nandre bila lagi? takkan mau tunggu kammy pintas hang kot? huhu… sian kammy takde kena mengena dgn ini ceritaaa… haha

  2. sulie
    February 8, 2012 at 8:23 AM

    tahniah wei…besaqnyeee…kus kus semangat…ye ramai yg dah dpt sepasang ni…cepat2 sebelum ade yang memintas 2 orang menjadi 3 org pulak…hehee…wei besday anak hang dekat dgn besday anak aku la…beza dua hari je…jaga2 amien budak lahir bulan 2 adalah sangat aktif luar biasa hahaha…tahniah tahniah…

    • February 8, 2012 at 12:55 PM

      Tenkiu som jer jer… ye ke budak laher bulan 2 aktif? hehe… takpa takpa tu semua rejeki kurniaan Allah, layan aje…

      Bab 3 tu kena fikir2 kan dulu, buat masa ni production kilang telah diberikan notis cuti selama 3 tahon.. keh keh keh..

  3. Huzaifah ibnu Yaman
    February 8, 2012 at 10:53 AM

    hehehehehehee,

    amien nak dapat anak baru ropenye…patutlah dia berulang alik ke hospital sg buloh yang nun di hujung sana…

    aku kena tunggu habih bayaq PTPTN dulu la kot.. hehehe. pastu nak sambung master plak… tu dia.

    • February 8, 2012 at 12:07 PM

      xpe en nan… kite pelan2 kayuh no….

  4. Huzaifah ibnu Yaman
    February 8, 2012 at 10:54 AM

    bulan june pon sama, anak aku jadi ultraman. bersilat belasah aku… adduii tolong

  5. Huzaifah ibnu Yaman
    February 8, 2012 at 10:55 AM

    rezki rumah baru la tu…..hahahaha anak hang akan dok rumah baru nanti nie…

    • February 8, 2012 at 12:58 PM

      Yaaa rezeki semua tu brader. Apa2 hal pon kena usaha lebeh pasni…

      Hang nk tunggu abes bayo ptptn ngan sambung wat master… time tu aku rasa anak dara aku ni dh sempat menikah kot.. kah kah kah…

      jgn tunggu lama2 beb, selagi produktif ni usahakan je la. nanti umow hang dlm 40-an anak2 dh beso, dh kurang seket tanggungan, baru la syok… time tu aku nk layan superbike harley davidson plak… hehe

  6. February 8, 2012 at 12:09 PM

    weh amien🙂 tahniah! sonoknya dah ada anak sepasang…

    • February 8, 2012 at 12:59 PM

      Jom la suhana join the klub. sian anak hang main seseorang kat umah takde berteman… kui kui kui….

      • February 10, 2012 at 7:42 AM

        nanti la.. aku pasti join korang… hehe

  7. February 8, 2012 at 12:56 PM

    anak sulung amin beza sehari besdaynya dgn qaireen..hehe..
    ko tgk la nnt camne perkembangan dia,adakah selasak anak teruna ku yg lahirnya juga pada bulan feb..
    wah,nandre nak sambung master la..

  8. February 8, 2012 at 1:04 PM

    aah betui tu..nnt org ingatkan tu cucu bukan anak..haha
    jgn nare en nan ek..
    aku pun dah antar notis 3 tahun tapi kena rmanager reject la..nmpknya cuma blh antr notis 24jam bila dah yg ke empat.huhu..

  9. Huzaifah ibnu Yaman
    February 8, 2012 at 2:00 PM

    hahahahahahahahahahahaahahhaa…

    kak uda yang kecik,

    ape le pulak nak maroh nye? teman ok je… aku nak nengok le kawan-kawan semue ade anak ramei, adek aku pon udah due anaknye, sepasang juge le… laki pompuan…

    cucu po ok juge… lagipon, teman udah ade cucu sedare pon…

    • February 9, 2012 at 12:48 PM

      Nandre mana pandai marah, beliau kan seorang yg kool… hehehe..

      Takpe nandre, pelan2 kayuh. hehe, aku pinjam ayat hang dulu no… hehe

  10. Huzaifah ibnu Yaman
    February 8, 2012 at 2:02 PM

    kak uda,

    master in piping management and photography

  11. February 9, 2012 at 4:50 PM

    tahniah amien n yanti..🙂 semoga kehadiran puteri menjadi seri.. jaga isteri leklok k..

    • February 9, 2012 at 5:21 PM

      Tenkiu puan qibby…

      wah dah lama ek menyepi, kemana menghilangkan diri? huhu

  12. Huzaifah ibnu Yaman
    February 10, 2012 at 4:53 PM

    kak qibby layan FB ja la nie

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s