Home > WoRD LiFe > Mangsa AGE 3000 orang

Mangsa AGE 3000 orang

IPOH – Sebanyak 251 kes baharu direkodkan semalam oleh Jabatan Kesihatan Perak melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE), menjadikan jumlah keseluruhan mangsa telah meningkat kepada 3,068 orang.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin berkata, jumlah tersebut membabitkan 180 kes yang dilaporkan di daerah Hilir Perak manakala 71 lagi di Batang Padang. “Di Hospital Teluk Intan, seramai enam pesakit terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan manakala Hospital Tapah menerima sembilan kes baharu. Bagaimanapun, masing-masing enam dan tiga pesakit yang ditahan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Tapah dibenarkan pulang hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Wabak AGE yang menyerang dua daerah di negeri ini sejak dua minggu lalu telah menyebabkan dua kematian di Hilir Perak yang masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.

AGE yang berpunca daripada sejenis virus digelar rotavirus, merebak melalui air sehingga menyebabkan mangsa muntah, demam dan dehidrasi. Berikutan itu, beberapa sampel air di daerah Batang Padang dan Hilir Perak dan Loji Air Bukit Temoh diuji bagi mengesan punca utama penularan wabak itu.

Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.

Details: Acute-gastroenteritis Stomach Flu

Categories: WoRD LiFe
  1. Huzaifah ibnu Yaman
    February 16, 2012 at 9:58 AM

    ni satu amaran kepada manusia sekarang terutama malaysia. Kita mati kerana banyak makan…

    • February 16, 2012 at 10:21 AM

      Kes ni banyok jadik kat negeri awok la cik nandre..

      So kena tingkatkan tahap penjagaan diri terutamanya untok anak2 kecik..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s