Home > WoRD LiFe > Claim kerosakan atas highway

Claim kerosakan atas highway

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20Km sebelum simpang toll Tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu. Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper.

Emmmm… Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highland saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh saya berhenti di office toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti di toll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan mem-photocopy kad Touch&Go saya untuk simpanan rekod mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya seperti cermin depan pecah disebabkan oleh batu-batu diatas lebuh raya. Bergantung pada terma. Mungkin ramai yang tak tau kita sebenarnya boleh claim dari pihak PLUS sekiranya berlaku kes yang semacam ini.

P/S: Untuk pengesahan lanjut, korang boleh menghubungi PLUS sendiri. Aku just forward informasi yang aku dapat. Layannnn…

Categories: WoRD LiFe
  1. Huzaifah ibnu Yaman
    February 27, 2012 at 3:07 PM

    aku guna jalan lama,

    • February 27, 2012 at 3:20 PM

      Jalan lama kalu bawak muto baru syok layan korner.

      Kalu lalu highway boring…..

  2. Huzaifah ibnu Yaman
    February 29, 2012 at 2:44 PM

    betui bang, masa dulu aku pernah layan EX5 seksyen 9 – Taiping, pehhhhhhhhh..
    sakit bontot… 3 kali rasanya isi minyak penuh tank…

    tu dah puleh abih dah throttle…

    • February 29, 2012 at 5:23 PM

      Hebat gak hang ek long-distance ngan EX5 je.. layannn wooo….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s