Home > WoRD LiFe > Modenas Ace 115 + Konvoi setiakawan

Modenas Ace 115 + Konvoi setiakawan

Assalamualaikum.

Semalam, 1 Mac 2012 aku mengikuti konvoi ke majlis pelancaran model baru keluaran Modenas yang diberi nama Modenas Ace 115.

Konvoi ini adalah merupakan anjuran pihak Modenas dengan kerjasama daripada kelab-kelab yang bernaung secara langsung dan tidak langsung dibawah satu panji Modenas, bagi memberikan sokongan kepada pengeluar motosikal nasional itu. Antara kelab yang menyertainya ialah GT128 Xtreme, GT128 Rider Community, Modenas Kriss Owners Club, Modenas Dinamik Owners, Modenas Kristarian Motorcycle Club Malaysia, Kelab Eleganet dan aku wakil tunggal pemilik Modenas X-Cite 130. Hehe.. Rare beb. =)

Aktiviti bermula dengan acara rakan konvoi berkumpul di EON Glenmarie Shah Alam kira-kira jam 2 petang. Selesai pendaftaran, mengambil t-shirt sponsor, dan taklimat ringkas dari pegawai Modenas, polis trafik dan presiden GT128 rakan-rakan konvoi sedia untuk memulakan acara pada jam 3 petang. Semua mengambil tempat dengan dimulai oleh 20 buah Modenas Ace 115 berada di kelompok hadapan sebagai gimik.

Kira-kira jam 3:30 konvoi pon dilepaskan dengan bantuan iringan polis trafik. Ramai juga yang memberikan sokongan, ada lebih kurang 50 buah motosikal berbagai model dari Modenas yang menyertai konvoi kali ini. Lebih kurang dalam 10 minit kami tiba di destinasi yang ditujui iaitu di Hotel Grand Dorsett untuk majlis pelancaran rasmi model baru ini.

Ketibaan kami disambut bak umpama superstar dek kerana di lobby hotel berkenaan penuh dengan wartawan. Maka jenuhlah mereka bermain dengan flash camera dan posing memosing kerana for sure wartawan nak muatkan berita mengenai pelancaran di akhbar / majalah masing-masing. Selesai acara gimik tersebut kami dijemput masuk ke dalam dewan untuk mengikuti majlis perasmian rasmi serta jamuan makan. Layan beb, perut ngah lapar. Menu hari tu tak seberapa, ada kuih muih, roti jala, nasik goreng, kuew tiaw goreng + persembahan magic tukar baju sekelip mata. Boleh tahan gak la diaorang punya gempak masa launch kali ni.

Selesai majlis perasmian kami pulak buat aktitivi sendiri. Petang itu diadakan acara lucky-draw yang mana aku memang tak lucky langsong. Tak dapat hadiah pon, cuma dapat cenderahati je la, t-shirt sehelai, kemeja sehelai, glove satu, ngan sedikit gula-gula. Boleh la, terima kaseh Modenas!

Secara kesimpulan, walaupun pada mulanya majlis pelancaran ini menghadapi beberapa masalah teknikal, akhirnya dengan semangat setiakawan dan brotherhood yang ditunjukkan oleh pemilik Modenas majlis ini berjaya mencapai sasaran di luar jangkaan. Terima kasih kepada semua yang berusaha menjayakan majlis ini. Dan sebagai result akhir inilah model baru keluaran Modenas yang bagi aku cukup menarik perhatian kaum muda-mudi. Modenas Ace, hasil gabungan teknologi Moped + Scooter akhirnya diperkenalkan. Mudah-mudahan ianya menjadi hot-selling model. Chow, peace yo!!

Specification

Engine
Type 4 stroke, SOHC, 1 cyclinder
Bore X Stroke 55.0 x 50.6 mm
Displacement 120 cc
Compression Ratio 9.8
Carburetor SPACO AV20
Ignition System Magneto – CDI
Starting System Electric Starter
Cooling System Air Cooled
Fuel Tank Capacity 5.3 litre
Fuel Consumption 46.1 km/litre @ 80km/hour

Transmission
Type 4-speed rotary
Clutch Centrifugal and wet mutiple disc
Primary Reduction Ratio 3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio 2.786 (39/14)
Driving System Chain

Chassis
Type Square Pipe Backbone
Front Suspension Telescopic Fork
Rear Suspension Trailing Swing
Front Brake Disc (220 mm) with two-piston caliper
Rear Brake Drum (110 mm)

Electrical System
Battery 12 V 5 Ah

Modenas Ace 115 price is RM4,598 (dual starter)

Categories: WoRD LiFe
  1. naiem long
    March 2, 2012 at 1:15 PM

    waw!!…akhbar ape agak2 nye masok ni..??

    • March 2, 2012 at 2:39 PM

      Yang confirm smlm aku sempat sembang ngan photographer Berita Harian ngan Ghani Arafat ~ editor Majalah kapcai..

      Tunggu je la bulan depan, ada la ceritanya dlm majalah kapcai tu.. huhu

    • Huzaifah ibnu Yaman
      March 2, 2012 at 3:01 PM

      Naiem, dan lagi reply sebelum semayang Jumaat nie tadi..

  2. Huzaifah ibnu Yaman
    March 2, 2012 at 3:00 PM

    fulamak, amien pakai cap la..

    mungkin paper sinar harian edisi nasional.

    Kapcai nanti aku nak beli lah, boleh mintak sign amien raptor.

    • March 2, 2012 at 5:19 PM

      Awatnya? tak buleh ka aku pakai cap? hahahaha…

      Hang ingat aku konvoi sorang diri ka, senang je nk masok paper?
      Aku follow blakang2 ja, mana layak masuk paper… huhu

  3. naiem long
    March 3, 2012 at 4:07 AM

    owk2 …thank yup…:)

  4. naiem long
    March 3, 2012 at 4:10 AM

    sedeh ak tgok amien ni …rlx2 …haha

    • March 3, 2012 at 9:28 AM

      Takyah nak sedih2, kita konvoi sbb nk enjoy2 layan dunia moto… hehe

      peace yo!

  5. naiem long
    March 3, 2012 at 3:37 PM

    haha…betol2 ….aip semagat lak dye ni …hahaha

  6. Huzaifah ibnu Yaman
    March 5, 2012 at 9:03 AM

    semangat la baru betoi, amien ni adalah seorang yang passion kepada dunia permotoran sehinggakan dia masuk dalam blog rider org puteh sorang nie… pastu ada gambaq amoy…

    • March 5, 2012 at 11:06 AM

      Hahaha.. lahanat punya komen.

      Bab masok blog rider mat salleh tu bukan aku punya keje, dia yg sesaja nk upload gambaq tu kat blog dia. glemer kejap la aku. haha.. mau sign ka?

  7. Huzaifah ibnu Yaman
    March 5, 2012 at 9:04 AM

    layan la beb cap monster…

  8. Huzaifah ibnu Yaman
    March 5, 2012 at 9:05 AM

    kalau keluaq majalah kapcai tu nanti, hang bagitau aku la, aku nak beli… nak tengok member aku masok majalah satu malaysia juai.

    • March 5, 2012 at 11:07 AM

      Dulu aku dh keluaq majalah WANITA, kalo ni aku aim untok majalah KAPCAI plak.. huhu

      One more thing nk habaq mai, hang beli majalah RodaRada bulan ni. ada nama aku terpampang jadik pemenang peraduan kat majalah tu. muka tadak, tapi ada nama pon jadik la… wahahaha..

  9. Huzaifah ibnu Yaman
    March 5, 2012 at 3:39 PM

    ok ok…

  10. matzack
    March 5, 2012 at 5:22 PM

    huhhh!!!! gila glamour…ha ha ha!!! cabuittttt!!!!!!

    • March 6, 2012 at 11:12 PM

      Amboii matzack, hang pon nk menyinggah kat laman aku gak no..haha

  11. muhammad amirul
    March 22, 2012 at 1:17 PM

    saya ingin join kelab modenas..boleh beri sikit langkah2 untuk menjadi ahli??
    terima kasih
    ( pengguna modenas kriss dan Ace 115 )

    • March 22, 2012 at 2:10 PM

      Hello bro.

      Sbnrnya takde langkah spesifik pon nk join. bro buleh join geng2 modenas kat link yg diberikan ni. untuk forum modenas, semua moto berjenama modenas digabungkan sekali. kalo ada aktiviti Insyaallah takkan ada diskriminasi. try klik link ni:

      Modenasbikers

      P/S: Cuma aktifkan diri dalam aktiviti2 yg diaorang anjurkan dan rajin2kan diri untuk sesi TTS (teh tarik session), Insyaallah akan ramai la kekawan modenas nanti.

      peace yo!

  12. August 31, 2012 at 8:46 PM

    salam…saya ingin join club modenas….tpi saya xthu…yg mna stu club modenas..yg bgos..(pengguna modenas ace 115)

    • September 1, 2012 at 11:46 AM

      W’slm. Bro, skrg mmg takde specific club untuk modenas. tapi kebanyakan diorg dah bergabung dlm satu komuniti.

      Bro boleh lepak ngan geng2 komuniti ni kat group facebook MBC.
      modenas bikers community

  13. fariz
    November 12, 2012 at 2:05 PM

    kenapa ace aku br beli suke mati time berenti?

  14. eddy
    March 14, 2015 at 2:17 PM

    Wujud lagi ke club ace115 nie

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s