Home > WoRD LiFe > Kehebatan garam

Kehebatan garam

Dalam hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. “Garam penghulu kepada lauk-pauk.”

Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.

Kegunaan garam

1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat ghout. Ghout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Direa boleh diubat dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/ angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/ angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (Ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/ jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/ cawan/ bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam nota 10.

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Sumber: Petua perubatan Islam, Kuliah Magrib Ustaz Hanafi Bin Abd. Rahman, 28 Mei 2010. Masjid al-Hidayah, Sentul, KL

Kredit: kepuncakmahligaitips

Categories: WoRD LiFe
  1. yanty
    March 12, 2012 at 1:06 PM

    ada satu lg kebaikan garam..brfungsi menyerap racun kimia pada sayuran hijau..sblum msak sayuran hjau,rendam dlm air garam selama 10 minit terlebih dahulu..Ini adalah bertujuan utk menyerap racun smburan yg melekat di daun sekaligus mencegah dari kanser..mencegah lebih baik dari mengubati..info dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

    • March 12, 2012 at 3:04 PM

      Sejak bila jadi duta MAKNA ni? hehhehehehehe…..

  2. yanty
    March 12, 2012 at 3:43 PM

    hahaha.dah lama dah..sharing is caring..🙂

    • March 12, 2012 at 4:00 PM

      Oit, curik tagline orang plak… haip2 nak kena nih….

  3. Huzaifah ibnu Yaman
    March 13, 2012 at 10:17 AM

    apa lagi amien, balik karang belasah la…

    Yanty, tahniah kerana memberi info berguna…

    ya, untuk mengelakkan gangguan jin tu, aku memang biasa guna, garam kasaq dan lada hitam dan tabor keliling rumah atau khemah….

    satu lagi amien, kalau nak bagi mati siput babi, tabor garam kat dalam badan dia… mesti jatuh punya la….

    • March 13, 2012 at 10:44 AM

      Kejam betui hang, yg hang nk bunoh sipot babi tu buat apa? sian natang tu…

      Agak2 hang kalo garam ni aku campak kat babi mati dak dia? kah kah kah….

  4. Huzaifah ibnu Yaman
    March 13, 2012 at 2:04 PM

    babi tak mati, tapi pungkok hang nanti takut barai hahahahhahahahaaa

    siput babi buleh merosakkan tanaman dan tumbuhan, lebeh baik kita stop.

    • March 13, 2012 at 2:21 PM

      Hahaha.. lahanat punya jawapan. haha…

      Aku dulu masa kecik2 nakal gak. masa dok mandi sungai pi tangkap lintah byk2 pastu bwk balik umah. pastu aku buat la eksperimen ke atas mangsa ujikaji aku ni utk tengok bahan apa yg paling berkesan utk bunoh lintah2 ni. dan aku pun ketemu jawapan untuk ujikaji ni. antara bahan yg aku guna dan paling berkesan ialah:

      1. Garam
      2. Abu2 arang yg dh dibako
      3. Panggang atas api

      Hahahhaa…. aku mmg kejammm….

  5. Huzaifah ibnu Yaman
    March 14, 2012 at 12:13 PM

    method pertama dan kedua tu kira tak zalim la, cuma ianya akan memedihkan mata saja… tetapi method kedua dan ketiga adalah cannibal… agak kejam jugak la, berbanding dengan org yang bakaq Dirang tu, lagi kejam sebab dia dah terlampau bengang atas jawapan ibunya itu.

    panggang atas api dan apakah kesudahan lepas itu? adakah terus dikebumikan atau sebaliknya?

    • March 14, 2012 at 1:29 PM

      Kesudahannya beliau kelihatan keras spt cebisan2 batang pokok yg dipotong halussss….

      Kejam kejam… patut la pak aku bawak batang kayu dok ligan aku sbb mandi sungai. rupanya nakal sgt. haha….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s