Home > WoRD LiFe > Helikopter mainan

Helikopter mainan

Helikopter mainan?

Apa yang istimewa sangat ngan benda tu?

Haaa.. meh sini nak habaq mai. Baru-baru ni aku balik ke kampung halamanku nun di Kuantan. Kebetulan helikopter mainan ni ada bersepah kat dapur rumah. Dah memang sah helikopter buruk ni jadik mainan anak-anak sedara aku yang balik ke kampung. Banyak nostalgia sebenarnya pasal helikopter ni. Meh aku ceritakan sikit…

Dulu kira-kira 12 tahun yang lepas iaitu selepas SPM aku penah bekerja. Kerja pertamaku adalah sebagai direct-seller beb. Bukan main-main. Hahaha.. Selepas abis peperiksaaan SPM, lebih kurang seminggu aku dah bosan duduk kat rumah. Jadi aku pon amek keputusan mintak izin mak aku untuk pergi carik keje sementara keputusan belum keluar lagi. So bayangkanlah keje apa sangat yang boleh dibuat oleh budak-budak yang takde kelulusan cam aku time tu.

Jadi aku bersama dengan seorang sahabat sekampung, yang merupakan kawan baik aku bernama Wan pergilah menjejakkan kaki dari satu opis ke satu opis sekitar bandar Kuantan dengan nawaitu untuk mencari kerja. Setelah berbelas jenis opis kami redahi, akhirnya tiba ke satu destinasi tertulis Good Ideal Sdn. Bhd. Kat situlah kami berjaya mendapatkan peluang kerja. Kerja apa? Direct seller! Blasah je la labu janji ada keje nak buat. Huhu..

Perjuangan kami bermula pada keesokan harinya. Ni la pertama kali aku bekerja secara official. Pagi-pagi buta ditemani dengan seluar slack, baju kemeja tuck-in + neck-tie, aku melangkah ke opis tersebut. Dan setelah penerangan ringkas dibuat, barulah aku tau skop kerja aku camne. Kena jalan-jalan sekitar bandar Kuantan menjual barangan yang ada dalam opis tu. Masak!

Demi mencari sesuap nasik (Tagline aku dulu, kini dan selamanya…), aku pun harungi hidup sebagai seorang direct seller dengan membuat pekerjaan direct-selling kepada masyarakat sekitar Kuantan. Banyak jugak caci maki, sumpah seranah yang aku terima akibat menyertai pekerjaan yang tak disukai orang ni. Ye la, time kawan tu nak makan ko sibuk-sibuk nak promote. Sapa tak hangin kan? Hahaha… Tapi yang penting bagi aku ialah untuk mencari pengalaman hidup + meraih sedikit pendapatan sendiri tanpa perlu menyusahkan ibu bapa.

Eh, apa yang aku mengarutkan ni? Jom berbalik kepada helikopter mainan tadi. Sebenarnya helikopter tu juga merupakan satu produk jualan syarikat kami. Apa yang menjadi kenangan pada diri aku ialah, helikopter tu adalah merupakan top-selling item yang penah aku jual. Dalam sehari aku berjaya jual dalam 30 bijik helikopter tu sekitar Kuantan. Mana taknya, strategi menjualnya amat mudah. Nampak orang-orang yang bawak anak jalan-jalan, pegi kat dia, tarik picu terus helikopter tu terbang. Budak-budak apa lagi, kemain la sukanya. Terus mintak mak diaorang beli. Selamat, masyukkk aku haritu!! Sebijik helikopter sepuloh hengget beb!! Hahaha…

Jadi tu la serba sedikit coretan permulaan hidup aku sebagai seorang pekerja. Aku hanya sempat bertahan sekitar sebulan sahaja dengan kerja tu. Jadi sebagai memperingati nostalgia aku pernah bekerja sebagai direct seller, aku pon beli la sebijik helikopter tu sebagai kenang-kenangan. Dan yang amat mengharukan aku ialah helikopter tu masih ada lagi kat kampung aku, berkat usaha mak aku la yang menyimpan harta pusaka peninggalan aku tu. Nasib baik tak dicampaknya ke lombong. Haha.. Bagus jugak, at least ada la sedikit cerita aku nak kongsikan bersama kat blog ni. Sekian.

P/S: Abaikan gambo tangan kat dalam foto diatas, kerna budak bernama Asyraff Khalish tu memang tak senang hati kalo tengok pak dia pegang mainan, semua dia mau sapu. Hahahaha…

Categories: WoRD LiFe
  1. March 30, 2012 at 9:10 PM

    pekerjaan pertama aku adalah babysitter..takleh nak wat kenangan le sbb takleh nak beli..hehe..

    • April 2, 2012 at 8:54 AM

      Takkan nk beli baby tu plak kan chekgu myasara? kang tk pasal2 jadik sindiket penjualan bayi. hahaha….

      Comel betul 1st keje ko, kena btul ngan orgnya… hahaha

  2. puanhasanif
    April 2, 2012 at 2:22 PM

    hebat owh amien…aku x ada keberanian la jd jurujual nih…akekeke aku punya pekerjaan pertama ialah, pembantu kedai. kedai tu ad ajual barang letrik, ada gak perkhidmatan cuci gambar (syok masa tu guna filem lg, byk gak tgk gambar2 polis, gambar org mati kena bunuh etc) pastu ada gak mesin fotostat kt kedai tu…mcm2 kan? hebat x? hebat x?

    • April 2, 2012 at 2:48 PM

      Yaaa… aku pon terasa kehebatahannya especially bab ada mesin fotostat tu. memang melangkau sempada teknologi beb.. hahahaha…

  3. legend
    April 3, 2012 at 11:57 AM

    mula-mula dulu aku keroje sebagaie operator kilang tisu tandas yang bulat-bulat tu la.. nama kilang dia adalah Taiping Paper Mills, Jalan Simpang. 15 minit ja dari rumah aku kalau naik basikal…

    aku tau la macam mana depa proses tisu bulat tu dan jual masuk dalam plastik pastu juai kat kedai atau supermarket.

    lepas tu aku jadi kerani pada tahun 1995 kat Taiping Holidays Transport Services SB (company tu nama dia skrg adalah Konsortium Bas Ekspres Semenanjung) kaler merah tu la… jadi kerani akaun dan pertama kali guna komputer yang banyak command tu.. bukan macam word skrg nie.. tekan ja button, komputer dulu kena guna command yang panjang unttuk print ka, save ka dll.

    • April 3, 2012 at 1:18 PM

      Hahaha, i knew it. kalo bercerita bab2 masa lampau ni mmg serah kat ko bro. ko la johan bercerita peringkat sekolah tadika, confirm akan complete cerita siap ngan tarik2 lagi. bravo bravo..

      Bab kilang tisu tandas tu mmg syok bro. bukan senang nk dpt peluang merasa keje2 camtu. aku pon penah keje kilang, siap kena bwk forklift takde lesen pon. hahaha.. tak tau pulak aku ada kilang tisu tandas kat perak, ingat ada kilang kondom je. wahahhahahaa….

    • puanhasanif
      April 4, 2012 at 8:03 AM

      owhh hebatnya pengalaman en nandre

  4. legend
    April 3, 2012 at 3:04 PM

    kuantan pun ada kilang kondom beb. hang jangan tak tau.

    perak la banyak keluaqkan tisu tandas terbesaq kat malaysia, yang hang guna tiap-tiap kat jamban tu… hahahaha

    • April 3, 2012 at 4:09 PM

      Info yg berguna ni. nanti aku cuba fikir-fikir untuk dijadikan entry blog. hahaha

  5. legend
    April 4, 2012 at 9:30 AM

    hebat lah jugak, kalau tak hebat macam mana nak jadi manager company kilang tanah liat ni.. hahahah buat labu sayong kat kuale kangsor nuuuu…

    • April 4, 2012 at 1:13 PM

      Hang menang gak bab guna komputer zaman tok kaduk tu. bukan semua org ada pengalaman camtu beb. kira ko memang bertuah la bro.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s