Home > WoRD LiFe > Lepak @ Bukit Gambang Resort

Lepak @ Bukit Gambang Resort

Assalamualaikum.

Pada 2 haribulan Mei yang lepas, aku mengambil cuti selama 2 hari untuk pergi melancong ke Kuantan. Percutian singkat ni adalah khas semata-mata untuk melengkapkan tawaran voucher percutian yang diberikan oleh PPAS kepada orang umahku sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang merupakan antara calon-calon pekerja cemerlang.

Oleh kerana pada waktu itu semua ahli keluarga belah wife aku ada dirumah, kami bersetuju untuk pergi meluangkan masa selama 2 hari di Kuantan. Voucher yang diberikan tersebut pula adalah untuk menginap di Caribbean Bay Resort – Bukit Gambang Resort City. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke tempat ni walaupun aku memang orang Pahang. Ye la, tiap kali balik kampong konpem aku hanya lepak kat umah mak abah aku je. Buat apa nak pegi ke Gambang ni kan? Haha..

Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang jam 9 pagi. Dan tiba di Gambang sekitar puluk 12 lebih untuk check-in hotel. Seleai semua urusan, apa lagi? Kami semua terjun ke dalam kolam la. So kesempatan yang ada ni aku gunakan untuk meluangkan masa bersama anak sulungku bermandi manda dan bermain air di Bukit Gambang Water Park. Kebetulan pada waktu itu merupakan hari bekerja, jadi sangat seronok la kami semua bermain dek kerana tak ramai orang awam yang mengunjungi Water Park ni.

Pakej penginapan kat hotel tu aku serahkan buat mertuaku bermalam disitu. Manakala aku, wife dan anak-anak pulang ke kampung halamanku nun di Panchingville. Terubat gak la rindu mak abah aku nak tengok cucu-cucunya. Kebetulan memang takde ahli keluarga lain kat kampung aku, boleh la anak aku bergurau senda bermesra ngan atuk nenek diaorang tu. Hehe.

Keesokan harinya pula kami menghabiskan waktu tengahari pergi makan dia tepi Pantai Batu Hitam. Sesi makan-makan sotong celup tepung bermula. Ditambah pula dengan hidangan Sata yang kami singgah beli di Tanjung Lumpur sebelum ke pantai tadi menjadi santapan tengahari. Selesai makan dan sesi bergambar kenangan, kami pun beransur pulang semula ke Shah Alam. Singgah sebentar di Jaya Gading untuk membeli ole-ole, keropok lekor, keropok kering dan yang seangkatan dengannya. Kemudian terus bergerak semula menuju ke Lebuhraya Pantai Timur untuk pulang ke Shah Alam.

Begitulah sedikit catatan perjalanan kami. Percutian kecil-kecilan yang last minute sebenarnya. Walaupun sekejap, cukup la untuk meninggalkan secebis kenangan buat memenuhi kapasiti memori kad kamera kami. Hahaha… Chow…

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    May 11, 2012 at 3:09 PM

    layan la lepak bukit gambang, dekat ja dengan rumah hang tu…..

    fulamak, yanty dapat anugerah pekerja cemerlang la, tahniah yanty. itulah rejeki Tuhan nak bagi kat hang tu.

    hari tu jumpa geng-geng PPAS kat PPM meeting pada 7 mei yang lalu, fadzli sampai lambat.

  2. legend
    May 11, 2012 at 3:10 PM

    aku pernah sampai Tanjung Lumpur tu, dulu ada org juai keropok lekor, gerai dia kayu kaler kuning, makcik yang juai….

    • May 11, 2012 at 3:23 PM

      Kedai makcik tu la yg aku pi beli sata ni bro. kepok lekor pon ada juai.

      Jgn main2, siap ada business card beb. mau order kasi kol satu kali!! hehe

  3. legend
    May 11, 2012 at 3:11 PM

    aku tak pernah pi bukit gambang, cuma aku lepak Bukit Cahaya Seri Alam Waterpark ja… hehehehehee ok jugak kan?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s