Home > WoRD LiFe > Carpal Tunnel Syndrome

Carpal Tunnel Syndrome

Dari semasa ke semasa, pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun. Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”, kebas, kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang, kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.

Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

– Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.

– Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.

– Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.

– Faktor genetik dan beberapa faktor lagi.

Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini, namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya, jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.

Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini?

– Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan. Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus (mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.

– Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse (rujuk gambar).

– Gunakan papan kekunci dengan betul.

– Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer. Pastikan duduk dengan cara yang betul.

– Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Lakukan sentiasa senaman pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini. Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada semua.

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    May 22, 2012 at 4:42 PM

    bahaya nie, kalau dah moden sangat pon ada mudaratnya….

    geng2 programmer, kaki FB, kaki Twitter, secretary, typist semua tu memang bergantung kepada komputer dan mouse nie…elokkan bergerak selalu demi kebaikan kita semua.

    • May 23, 2012 at 9:35 AM

      Aku adalah antara mereka2 yg hari2 keje dok mengadap pc. siang layan pc, balik umah malam layan laptop.

      Risau gak dengar penyakit2 camni. kena exercise tangan selalu la. by the way, nama penyakit ni lawak sket. bunyi macam karpal singh je.. wakaka

  2. legend
    May 22, 2012 at 4:49 PM

    kalau kita guna touchpad, kurang la sikit kot na?

    atau guna ipad ka, tablet ka< main cuit-cuit ja

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s