Home > WoRD LiFe > Konvoi ke Himpunan Jutaan Belia 2012

Konvoi ke Himpunan Jutaan Belia 2012

Assalamualaikum.

26 Mei 2012, satu event konvoi telah berjaya dilaksanakan oleh pemilik-pemilik motosikal Scrambler berbagai jenama. Kebanyakan rider merupakan pemilik scrambler yang berada sekitar Lembah Klang. Kami semua bergabung dibawah semangat brotherhood scram-rider untuk menyertai program Ride ke Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bertempat nun di Precint 4, Putrajaya.

Konvoi berkumpul di perkarangan kawasan parking Istana Budaya sebagai tempat RV manakala permulaan konvoi pula dilakukan di stesen minyak Shell bersebelahan Istana Budaya ini. Konvoi kali ini menyaksikan kira-kira 100 buah motosikal scrambler mengambil bahagian tanpa ada sebarang diskriminasi mengenai jenama ataupun kuasa kuda jentera masing-masing. Hahaha.

Lebih kurang jam 9.30 pagi konvoi berlepas dari Istana Budaya menuju ke Putrajaya melalui Lebuhraya MEX (Maju Expressway). Konvoi bergerak lancar pada kelajuan 100km/j dengan diiringi cuaca yang baik dan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyambar ganas ke permukaan google helmet. Huhu, ayat power nih. Melalui Lebuhraya MEX ni agak mencabar juga kerana tiupan angin lintangnya agak kuat. Maka, kelihatanlah seperti berdansa-dansa geng-geng scram-rider ni diatas moto masing-masing dek kerana dibadai angin lintang. Hahaha.

Kira-kira setengah jam kemudian, konvoi tiba di Putrajaya dengan selamat walaupun ada sedikit kemalangan kecil yang melibatkan peserta ketika memasuki kawasan laluan motosikal di Tol Putrajaya. Laluan yang sempit tu memaksa beberapa peserta overshoot dan melanggar tiang-tiang kecil pembahagi jalan tu. Alhamdulillah tiada kecederaan yang dialami, konvoi bergerak seperti biasa semula menuju ke Putrajaya.

Setibanya di sana, kami diarahkan menuju ke parking khas untuk peserta. Memang gempak jugak la Putrajaya kerana digegar oleh ekzos-ekzos bising motosikal scrambler ni. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pemilik scrambler akan menukar ekzos motosikal mereka kepada yang sedikit bising supaya ke-machoan taktala menunggang scrambler tu akan lebih terserlah. Wakaka, ayat tak boleh blah. Jadi apabila ahli konvoi dah tiba kat sana, kami semua mula menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh urusetia. Banyak juga la acara-acara yang melibatkan kami semua ni. Layan je la.

Sekitar jam 2.30 petang, konvoi bergerak pulak untuk menjadi escort kepada Menteri Wilayah Persekutuan yg akan menuju ke perkarangan lokasi event. Konvoi kali ini lebih meriah, mana taknya sepanjang jalan menuju ke lokasi dipenuhi oleh orang ramai yang siap sedia dengan kamera dan handphone ditangan untuk mengambil gambo. Apa lagi, budak-budak muda (tua mengaku muda pon ada) yang bawak scram ni mula la masing-masing poyo artis. Nasib baik pakai full-face helmet, kalo tak konpem sorang-sorang kembang lubang hidong follow event ni. Oh, tak lupa juga event ni disertai petugas media tempatan. Konpem la ada terselit muka sorang-sorang dalam suratkhabar nanti. Haha.

Event tamat lebih kurang jam 4 petang, tetapi acara lain-lain masih berjalan sehingga tengah malam. Ada peserta yang lepak lebih lama, manakala aku dah cabooott awal. Tak larat beb, panas giler, so aku ride la sorang-sorang balik ke Shah Alam. Event ni ada gak diselitkan dengan gula-gula pilihanraya. Ada masuk gak unsur-unsur politik yang aku rasa tak patut diadakan pada hari tu. Walaubagaimanapun, lupakan soal-soal lain, just enjoy acara ni demi semangat brotherhood scram-rider tegar.

Chow dulu, peace yo!!

P/S: Event ni dekat sangat dengan PLF, teringat aku zaman keje kat situ dulu. Tangkap leleh beb… huhu

Categories: WoRD LiFe
  1. aTan
    May 28, 2012 at 7:13 PM

    patutlah aku call x jawap…hampeh btul

    • May 28, 2012 at 7:47 PM

      Hahahaa.. tau takpe.
      Aku tengah ride laju time tu, tk perasan ko kol. hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s