Home > WoRD LiFe > Virus misteri ~ Flame

Virus misteri ~ Flame

MOSCOW: Virus komputer misteri yang ditemui bulan lalu dan melancarkan serangan siber secara besar-besaran terhadap Iran bertujuan mencuri rekaan dan fail PDF daripada mangsanya, kata sebuah firma di Russia.

Kaspersky Lab, satu daripada pengeluar perisian antivirus terbesar di dunia, mengumumkan bulan lalu penemuan virus Flame yang disifatkan sebagai virus terbesar dan paling canggih pernah ditemui. Dalam pengemaskinian terbaru dianalisis Kaspersky terhadap virus itu yang dikeluarkan kelmarin, Ketua Pakar Keselamatannya, Alexander Gostev berkata, pencipta virus itu memfokus kepada format fail seperti PDF dan AutoCAD, perisian untuk rekaan dan lukisan komputer. “Penyerang nampaknya sangat berminat dengan lukisan AutoCAD,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s