Home > WoRD LiFe > Kenapa gaji doktor lebih mahal dari gaji mekanik?

Kenapa gaji doktor lebih mahal dari gaji mekanik?

Pada suatu hari, seorang doktor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki. Mekanik membuka enjin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doktor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doktor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doktor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Mekanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah yg banyak sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri mekanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan enjinnya!”

Categories: WoRD LiFe
  1. aTan
    June 11, 2012 at 4:14 PM

    haa…ni lawak pembangkang..

  2. aTan
    June 12, 2012 at 3:12 PM

    5 orang la bro..nanti aku tapau..

  3. legend
    June 13, 2012 at 2:54 PM

    itulah kuasa Allah menchipta manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian… pengsan pon jantung tetap jalan, koma pon jantung tetap jalan…peace

    • June 13, 2012 at 4:09 PM

      Betui bro, tp pekerjaan doktor ni la yg paling mencabar jiwa raga. kalo moto hang buleh main campak2 ja, kalo manusia silap buat terus kelain jadiknya…

      salute!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s