Home > WoRD LiFe > Panduan memilih mesin air minuman RO

Panduan memilih mesin air minuman RO

Masyarakat hari ini semakin prihatin terhadap kualiti air yang diminum. Sering kali kita terdengar keluhan dan keresahan pengguna yang dipaparkan di akhbar tentang air paip yang keruh dan berwarna kekuningan. Keadaan ini biasanya berpunca daripada karat dan kotoran yang terdapat dalam sistem saluran paip, terutamanya di kawasan perumahan yang lama. Keadaan sedemikian telah memaksa pengguna untuk menggunakan penapis air untuk mendapat bekalan air yang bersih.

Penapis air terdiri daripada penapis air komersil dan penapis air yang dipasang di rumah atau pejabat. Kedua-dua jenis penapis air ini mempunyai fungsi yang sama tetapi berbeza dari segi saiz dan kos. Teknologi penapisan air yang popular masa kini adalah teknik osmosis berbalik (reverse osmosis).

Proses Osmosis Berbalik

Air paip membawa bersama-sama di dalamnya pepejal larut, pasir atau batu halus, bahan kimia serta mikroorganisma yang lain. Walaupun air yang disalurkan dalam paip telah dirawat di dalam loji rawatan, namun air tersebut telah tercemar dengan bendasing ketika berada di dalam saluran paip. Dalam proses osmosis berbalik, air yang keluar dari paip disalurkan kepada penapis air membran separa telap. Penapis ini mempunyai liang yang amat kecil untuk membenarkan laluan molekul air dan molekul yang lebih besar tidak dapat menerusi liang ini. Selepas proses penapisan, air osmosis adalah bersih sehingga 99% ketulenannya (hampir sama dengan air suling).

Oleh kerana kotoran air ditapis oleh penapis air (membrane separa telap), kotoran ini akan terperangkap pada penapis air dan lamakelamaan akan bertimbun. Ini akan menjejaskan proses pembersihan, iaitu kotoran ini akan larut semula ke dalam air yang dilaluinya. Oleh itu penapis air perlu sentiasa bebas daripada kotoran yang tersumbat dan hendaklah dibersihkan dengan kerap. Kekerapan pembersihan penapis air bergantung kepada jenisnya, tetapi secara umum, pembersihan perlu dilakukan 3 hingga 4 bulan sekali.

Mesin air minum RO

Ramai orang kini lebih gemar membeli air RO, daripada mesin air minuman RO yang banyak terdapat di kaki lima kedai, daripada memasang mesin tersebut di rumah kerana kos pembelian, pemasangan serta penyelenggaraan mesin adalah tinggi.

Air RO daripada mesin ini juga dijual dengan harga yang murah iaitu hanya 10 hingga 20 sen seliter. Ini adalah jauh lebih murah berbanding membeli air RO yang telah dibotolkan yang dijual di sekitar 80 sen hingga RM1.50 untuk 500ml.

Namun, isu yang perlu diberi perhatian ialah kualiti air yang dihasilkan oleh mesin air minuman RO ini. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kekerapan penyelenggaraan mesin dan lokasi pemasangan. Berikut merupakan beberapa tip untuk memilih mesin air minuman RO yang lebih berkualiti dan selamat.

Panduan memilih mesin air minuman RO

1. Sesetengah mesin air minuman RO mempunyai notis tarikh penyelenggaraan. Oleh itu pengguna digalakkan supaya memeriksa notis tersebut sebelum membeli air daripada mesin berkenaan.

2. Biasanya mesin menjual air minuman RO ditempatkan di kaki lima di luar kedai. Cuba bertanya kepada pekedai berhampiran tentang kekerapan penyelenggaraan yang dibuat oleh pembekal mesin tersebut.

3. Jika tidak ada maklumat yang boleh diperolehi tentang mesin tersebut, sila telefon pembekal mesin tersebut. Maklumat telefon pembekal mesin biasanya boleh didapati pada mesin tersebut.

4. Adalah disarankan supaya membeli daripada mesin yang terletak di kawasan awam. Ini kerana jika mesin tersebut terletak di kawasan yang jauh daripada penghuni berkemungkinan besar mesin-mesin di kawasan ini telah terbiar dalam tempoh yang lama atau tidak diselenggara lagi.

5. Cuba elak daripada membeli air dari mesin yang kelihatan lama. Ini kerana terdapat kemungkinan penapis air dan sistem saluran dalamannya yang telah berkarat.

6. Selalu teliti dan peka kepada rasa dan keadaan air tersebut. Sekiranya rasa air daripada sesuatu mesin itu agak berlainan ataupun tidak jernih, jangan membeli air dari mesin tersebut dan laporkan pada pembekal mesin.

7. Sekiranya pembekal mesin tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan menyelenggara mesin air minuman RO dengan kerap dan memastikan kualiti air yang dijual adalah bersih dan selamat, maka anda disarankan supaya melaporkannya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. – Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

Categories: WoRD LiFe
  1. July 11, 2012 at 3:45 PM

    belilah air mineral yang betul. RO ni air yang ditapis kembali, dan kurang bahan oksigen dalam dia, tu pasai dia murah. tak macam air mineral yang lebih sikit harganya.

    • July 11, 2012 at 4:23 PM

      Aku kat opis ni mmg ada mesin ayor panas n sejuk tu. tapi aku tk suka rasa dia, macam tak selamat nk minom je.

      so sbg solusi, aku tiap2 minggu pi cold storage tepi opis aku ni beli ayor minuman proses penyulingan. lembut sket rasa dia time nk telan… huhu

  2. July 11, 2012 at 3:47 PM

    air yang paleng elok adalah air zam zam yang agak mahai harganya. air zam-zam yang asli adalah apabila kita simpan dalam bekas lama mana pon, dia takkan berkulat atau ada habuk… itulah air zam-zam yang asli….

    • fay
      January 21, 2013 at 2:44 PM

      bulan mac 2012 sya pergi umrah. sya dpt 10 liter air zamzam tp 3 bn lepas sya dapati air zamzam tu berkeladak dan berkulat. pelik sya…. kenapa bole jd cm tu agaknye ?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s