Home > WoRD LiFe > Warung Motard

Warung Motard

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersempena bulan kelahiranku pada Julai yang lepas ada sedikit pembaharuan dalam hidup aku. Setelah berfikir dan melihat keadaan dunia semasa, aku mengambil satu keputusan baru dalam hidup aku. Tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk mendapatkan rezeki lebih buat aku sekeluarga.

So dengan hati yang berdebar-debar, aku mengambil langkah baru iaitu memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk mencari sesuap nasik. Perniagaan yang aku lakukan ini ialah menjual barang-barang secara online menggunakan medium yang popular sekarang iaitu Facebook. Produk jualan aku pula telah aku kenalpasti dan turut menjadi kegemaran aku iaitu menjual barang-barang aksesori motosikal.

Syukur kehadrat ilahi, langkah yang aku ambik pada 30 Julai yang lepas sekarang menjadi satu kelainan dalam hidup aku. Aku menganggapnya sebagai salah satu kerja part-time aku. Buat permulaan aku hanya menjual barang-barang aksesori motosikal scrambler secara online. Dah seminggu perniagaan berjalan, syukur berkat sokongan keluarga dan rakan taulan XTMers bisnes aku mendapat sambutan. Bukan bisnes besar pon, tapi seminggu pertama ni pendapatan bersih aku boleh la dapat dalam 100-200. Syukur la, bisnes baru nak gerak. Kalo ada rezeki lebih, maybe boleh dapat lebih sikit.

Bulan Ogos ni pula aku akan mengambil ikhtiar lebih sikit untuk terus aktif mempromosikan barang jualan aku.Tapi badan penat sikit la kena jadik runner hantar barang sana sini. Kalau ada modal lebih rasanya nak juga mencuba market untuk aksesori motosikal kategori2 lain. Cuma buat permulaan biarlah kayuh pelan-pelan, bak kata Nandre The Legend. Hehe.

So kepada sahabat yang berminat, bolehlah tengok barang niagaan ku dalam FB. Sekadar mencuba, ada rezeki mungkin aku akan cuba untuk pergi lebih jauh. Sekian.

Warung Motard FB

Categories: WoRD LiFe
  1. August 6, 2012 at 1:21 PM

    ya, aku sokong saudara amien meniaga ni, ni merupakan satu inisiatif yang mulia dan mantap. lepas ni org dah kenai hang, kenchang la nanti poket hang..

    anak dah dua org bang, kena mantapkan lagi poket kita semua nie.

    buleh la aku jadi partner hang nanti..amacham?

  2. August 6, 2012 at 1:22 PM

    Motard ni stand for???

    apa nama company hang? amienx7 services and supplies ka?

    • August 7, 2012 at 2:04 AM

      Camni la bang caranya yg dpt aku fikir nak buat duit lebih. nak buat 2 keje dlm sehari mmg tak larat, payment pon tak byk. cuba2 la berniaga. huhu.

      motard tu sebenaqnya istilah utk scrambler yg pakai tayar onroad tu. aku amek nama ni sbb byk brg2 aku jual utk moto spesis motard. market EX5 n kapcai kalo ada rezeki lebih insyaallah aku akan cuba masok.

      by the way Warung Motard ni la branding aku. underground bisnes dulu, kalo dah maju nanti nak gak rasanya aku register bisnes ni betul2. hang doa2 kan la brader… huhu

  3. August 6, 2012 at 1:23 PM

    aksesori untuk EX5 ada juai ka? aku nak pasang horn besaq la… kalau ada keta nak potong, aku horn kuat-kuat

  4. legend
    August 7, 2012 at 2:16 PM

    aku memang sokong org bukak company sendiri ni, pi ja kat SSM, nanti register nama company “Warung Mostard”.. RM 30.00 ja setahun..

    • August 7, 2012 at 10:49 PM

      Tenkiu bro for the info. aku pon terfikir gak nak daftar bisnes ni, senang sket nanti kemudian hari takde perkara berbangkit pasai bisnes nih. tapi dengar2 cerita sekarang ni caj lagi murah utk pendaftaran. RM50 untok 5 tahun perniagaan. tak pasti la betui ke tak.

      Lagi satu, hang salah eja tu bang… “Warung Motard” la baru betui… haha

  5. August 15, 2012 at 8:59 AM

    hahahahahaa, sori salah eja nama company hang…

  6. August 15, 2012 at 9:00 AM

    kalau hang kata RM 50.00 untuk lima tahun, itu lagi murah….aku nak try tanya tahun depan, lesen aku mati awai tahun depan… la ni nak renew SSM kat BSN pon dah buleh…

    • August 15, 2012 at 10:06 AM

      Aku baca kat paper online aritu. kalo tak silap start tahun ni punya offer kot. pepehal kena refer SSM semula la samada betul atau tak.

      Insyaallah pas raya aku usahakan daftar bisnes ni. huhu

      • faredz
        September 26, 2012 at 12:05 AM

        Teruskan bro.. Semoga suksesers,,,

  7. September 27, 2012 at 12:33 PM

    Tahniah dr saya yg hanya sekelumit kecil habuk2 yg berterbangan dan singgah sebentar disni. ^^

  8. September 27, 2012 at 4:32 PM

    Takat tahniah2 je tak jadik bro, kurang2 beli la fender kat aku. baru la support namanya.. wakakakaa…

    P/S: Ekor panjang aftermarket pon aku boleh tolong carikan. hehe

  9. September 27, 2012 at 6:37 PM

    bro, headlight trail tech leh dpt x bro… lg 1 taillight cm bro pkai 2 skali… style la… hehe…

  10. megat
    July 10, 2014 at 8:35 AM

    kedai area mana?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s