Home > WoRD LiFe > Kembali hidup sebagai Blogger

Kembali hidup sebagai Blogger

Assalamualaikum.

Lama dah berehat dari menulis kat blog ni. Kalau ikutkan hati memang nak terminate dah blog ni, rasa macam dah tepu sangat dah minda untuk menguruskan blog usangku ni. Dari tahun 2006 lagi blog ni beroperasi, menulis, memberi pendapat buah fikiran, mengkritik dan hampir segala ilmu aku kongsikan bersama mereka yang sudi membaca blog ni. Memang kalau diikutkan ada jugak sumbangan aku pada masyarakat walaupun sekelumit. Hehe.

So setelah berfikir semula, dan atas nasihat dan desakan dari beberapa pihak khusus dari geng-geng motosikal yang menjadikan blog aku sebagai wadah mereka bertukar dan berkongsi ilmu permotoran, maka aku dengan ikhlas hati akan menyambung kembali hayat aku dalam bilang blogger ni. Setakat ini yang aku kenalpasti, ada 2 post yang menjadi ‘hits’ mengenai motosikal ni. Satu post mengenai motosikal MLE XTM200 dan satu lagi Yamaha Lagenda 115Z. Dua2 post ni menjadi medan penting bagi warga pengguna motosikal tersebut bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu motosikal. Kesian pulak rasanya kalau aku just terminate blog ni, takde dah port mereka nak melepak berkongsi ilmu.

Budak-budak aku, iaitu geng-geng Scrambler XTM200 pon ramai yang mendesak agar diteruskan saja blog ni. At least mereka ada tempat berkongsi pendapat sesame sendiri. Ada jugak yang kata dalam banyak-banyak website mengenai topic scrambler XTM200, blog aku yang paling tepat dan penuh informasi mengenai serba serbi motosikal jenama ni. Entah la sejauh mana kebenarannya, tapi at least aku dapat tahu jugak yang ada orang mengikuti sepenuh hati blog aku ni.

So dengan langkah ini diharapkan agar mereka yang menjadikan blog aku sebagai wadah tatapan sehari-hari berpuas hati dan menyambung lagi minat kalian untuk berdiskusi dalam blog using ni. Semoga informasi yang ada dalam blog ni dapat kalian manfaatkan sepenuhnya. Wassalam.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 12, 2012 at 3:36 PM

    ya, itu macam la kawan, teruskan menulis demi survival orang Melayu. Hidup Melayu. Hidup Blogger… aku pon dah jadi blogger semenjak 2004, dua tahun awai dari hang… tapi aku maseh sayangkan blog aku demi anak cucu aku nanti. Inilah hasel usaha kita yang mana akan menjadi rare books untuk anak cucu cicit kita nanti…

    Itulah cita-cita aku semenjak 2004 sehingga hari tua aku nanti..

    • October 12, 2012 at 3:42 PM

      Pehhh…. “rare books utk anak cucu cicit”. best ayat tu. wakaka… memang betul bro, syok jugak kalau baca2 kisah lama dlm blog ni, mengimbau kenangan lalu. Insyaallah ada kelapangan aku akan teruskan perjuangan ni.

      Bab moto tu dah lama aku beli, Aku jual Raptor_X7 tu sbb nak clearkan parking kat umah, ganti dengan yg ni la brader. huhuhu…

  2. October 12, 2012 at 3:37 PM

    hang baru beli motor baru ka?

  3. October 23, 2012 at 1:16 PM

    rindu nak mengomen sambil gaduh2 manja kat blog ni tapi masa terlalu mencemburui..hehe

    • October 23, 2012 at 2:19 PM

      Hahaha, zaman2 bergaduh manja dah lama berlalu chekgu myasara… skrg masih sibuk ngan haluan hidup masing2 sampai yang dah bersara dari dunia blog pon ada.. aduyaiiiiiii…..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s