Home > WoRD LiFe > XTM200 vs Keeway TX200

XTM200 vs Keeway TX200

Assalamualaikum.

Dunia permotoran scrambler motard semakin berkembang. Kalau dahulu ianya sangat jarang kelihatan di jalan-jalan Malaysia, tapi kini ianya kian bercambah bak umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Memang betul, sekarang makin terasa limpahan model-model baru memasuki pasaran motosikal Malaysia. Sangat mengujakan.

Semalam, aku berkesempatan bertemu dengan seorang pemilik model baru di Malaysia. Model Keeway TX200 semakin mendapat tempat dihati, dan sudah semakin ramai penggunanya. Semalam aku menghantar barangan jualan kepada pembeli, dan beliau adalah proud owner of keeway TX200. Memang betul, inilah TX200 pertama yang aku lihat dijalanraya dengan rupabentuk yang telah diubahsuai.

Kebanyakan pengguna TX200 yang lain aku tengok hanya mengekalkan rupabentuk asal motosikal ini, tetapi brader ni dah awal-awal lagi membuat modifikasi kat motor Keeway ni supaya kelihatan lebik radikal dan bergaya. Jadi cukup beruntung bagi aku kerana berkesempatan untuk bersua muka denga beliau. Semoga selepas ini kami dapat berjumpa dan berkongsi ilmu pengalaman mengenai jentera masing-masing.

Categories: WoRD LiFe
  1. kin tong
    October 25, 2012 at 12:13 PM

    wa pakai keentonTh250v6..nanti datang kedai wa kasi test….

  2. Din Selempong
    November 5, 2012 at 4:51 PM

    Mudguard dpn keeway leh taruk mudguard motor apa? GTR180 leh tak?

    • November 6, 2012 at 9:15 AM

      Boleh bro, dh ada pun budak2 keeway buat. aritu ada nampak dalam group fb Keeway Owner Club (KEEMOC)

  3. Din Selempong
    November 7, 2012 at 1:39 AM

    Tergerak hati nak angkat keeway. Body besar

    • November 7, 2012 at 1:26 PM

      Dah tergerak tu apa lagi bro, sambar je la. lagipun kalau duk kat Kl senang, kilang dekat rawang je. hehehe…

  4. Din Selempong
    November 7, 2012 at 4:55 PM

    Insya-Allah harap awal bulan Januari 2013 boleh lah angkat motor keeway tx200 nih. Untuk gi keje pergi balik dalam 60 kilometer di KL

  5. xCaster.|pro×
    November 9, 2012 at 8:16 PM

    ak da angkat moto nie! nak masuk paip ape yg sedap yer??? (ekor pon da tanggal) so nak masuk lampu jenis ape ?? tlg bg tahu Costing,takut kena kencing😛 tolong yer abam2x skalian .. trutama en.amien🙂 peace

    • November 26, 2012 at 9:27 AM

      Aku tak tau menahu sgt pasal moto ni. tapi ada seorang brader tu aku jumpa n sembang2 ngan dia. dia pakai ekzos Leo Vince cobra. bunyi memang mengancam.. tapi top speed tak byk beza pun bro.

  6. Din Selempong
    November 16, 2012 at 10:10 PM

    xCaster.|pro× :
    ak da angkat moto nie! nak masuk paip ape yg sedap yer??? (ekor pon da tanggal) so nak masuk lampu jenis ape ?? tlg bg tahu Costing,takut kena kencing tolong yer abam2x skalian .. trutama en.amien peace

    Best tak bawa motor keeway nih. Ce citer sikit. Speed leh pergi berapa? Aku semakin jatuh cinta dengan keeway nih.

  7. November 24, 2012 at 1:17 PM

    xcaster brape high speed motor tx200 ni erk. xkan xpnah try kot

    • Din Selempong
      December 14, 2012 at 2:59 AM

      Tak der ker owner TX200 nak komen. Macam x best jer TX200 nih. Amien7 ko komen ler sikit pasal TX200 nih boleh tak. Speed berapa leh pergi, problem cam mana. TQ

  8. Jay Muhazar
    January 13, 2013 at 2:59 PM

    Ada fb or pic lebih on that keeway? Make mod camtu

  9. Wdin Mas
    January 13, 2013 at 9:19 PM

    sorry….nak tanya sikit, antara keeway dan xtm mana 1 yang terbaik…top speed, sparepart dan masalah….

  10. rizalmdmunasir
    February 2, 2013 at 4:04 PM

    stakat ni aku da guna tx200g hampir 6 bulan..alhamdullilah blum ade masalah lg..cume moto ni besar dan berat skit lh dr scram len..top speed dia ok lah kena mod skit dpt lh meter lebih hehehe

  11. rizalmdmunasir
    February 2, 2013 at 4:05 PM

    thank pd amin gak kerana sudi lepak ngn aku..siap post pic ni lg

    • February 4, 2013 at 8:59 AM

      Ni moto otai TX KEEMOC nih, mana boleh lepaskan peluang ost gambo ni. hahaha

    • Zul Amali
      July 3, 2013 at 7:22 AM

      tu pakai mudguard apa tu bro…mcm cun je…

  12. doraemon
    February 17, 2013 at 1:01 PM

    Motor tx200 nih best kew…….

  13. amril amrizal
    February 20, 2013 at 2:09 PM

    salam bro,nak tau beza tx200 ngn xtm.sy dh mula jatuh hati ngn moto2 jenis gini.tq

  14. SYAZALI
    March 18, 2013 at 11:58 PM

    XTM VS TX200 MANA LG BGS?..PSL DEKAT MUDAH UNTUK MODAL TX200 DAH 31KM..NAK JUAL BLK..MESTI ADA PROBLEM..KASIH INFO SIKIT..A.S.A.P

    • March 19, 2013 at 9:29 AM

      Sama je bro, dua2 ada masalah yg tersendiri. XTM skrg tengah hot problem gigi gearbox patah. material tk kukuh.

  15. SYAZALI
    March 19, 2013 at 12:02 AM

    …SAYA GUNA UNTUK OFFROAD..SO KASIH INFO SIKIT? TQ…A.S.A.P

  16. man
    April 13, 2013 at 4:56 PM

    nk tanya market price tx 200 sekarang berapa eh?..berminat nak sambar satu lah..

  17. Din Selempong
    April 13, 2013 at 9:21 PM

    Aku dah pakai motor TX200.Motor berat sedap bawa. Speed leh pergi 110KM jalan biasa dan turun bukit leh gi 120km. Bunyi bising sikit pada enjin. Tapi biasalah motor bunyi sikit bising.

  18. arief MK
    May 19, 2013 at 1:30 AM

    nak amek tx ke xtm? hermm.

  19. Wan
    May 20, 2013 at 1:01 AM

    salm smua..aku newbie kat sini…n nkeeway tx200g my 1st bike..so aku nk join group nie..tp tak jumpe la mne2…nk taw jgk pegalamn smua…n ape sparepart nk pkai…ekzos ape smua…

  20. syafiq-stylerz
    May 26, 2013 at 11:47 PM

    bro aku dah beli tX ni , so aku ingat nak join club utk TX ni lah ? ade x klau ada saya sudi nak join nye :9 ,

    • man
      June 3, 2013 at 8:03 AM

      As’salam semua..aku dah sambar tx200 nie..moto cantik, tp berat sikit la..lg satu nak mintak pandangan mmbr2 dlm nie..nk tukar ekzos apa yg sesuai yer tuk bg lagi sedap kat moto nie..

  21. ALEP
    June 5, 2013 at 12:17 PM

    amik ktn200 je. mmg rupa huduh tapi enjin terbaik. try refer sini http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,80901.msg2684074.html#msg2684074

  22. fahmyatie
    June 6, 2013 at 8:30 PM

    mane bagos pakai xtm or tx?

  23. syahmie ak
    June 12, 2013 at 7:54 PM

    nak buat camnie jugak !!!😀 lawa kot

  24. Zul Amali
    July 2, 2013 at 9:07 PM

    yg kaler oren tu pakai mudguard apa tu bro?

  25. man
    July 3, 2013 at 8:05 AM

    nak tanya tayar belakang brape yer harganya???

  26. skrem bro
    August 10, 2013 at 11:02 AM

    Hi bros,
    I baru amek tx200 secondhand beberapa hari lepas. Pemilik asal dah pakai 6 bulan. Bike ni oklah kalo nak pakai kat jalan jem kl or highway short distance. Speed boleh gi 120kmph je so yang nak rempit confirm tak puas hati. Top speed kat meter 140kmph tapi rase kena mod baru cecah speed ni. Qualiti dia walaupun buatan China bagus. Harga memang worth it. Service pun bagus as keeway offer bike assist service kalo kat lembah klang and moto rosak time under warranty 1 tahun. Tukar gear 2,3,4,5 lancar tapi dari gear 1 nak masuk neutral yang payah tu. Kena main clutch. Tapi yang heran, matikan engine dari gear 1, senang plak masuk gear neutral. Minyak full tank rm17 time i pakai shell ron95 boleh reach 255km. Speed i biasanya 85-100 kmph shj time pergi balik kerja di kl ikut mex atau federal highway. Pickup not bad. Overall, untuk kegunaan harian, memang bike ni memuaskan, walaupun ade brader2 yang tak prnh pakai bike ni akan kutuk bike ni as made in china.

  27. skrem bro
    August 10, 2013 at 11:05 AM

    Oh, terlupa plak. Geng bikers tx200 boleh jumpa kat fb, search tx200 boleh jumpa. Sekian, terima kasih.

  28. joe
    January 12, 2014 at 3:11 AM

    tumpang tanye, headlight belakang tu senang tk nak cabut sendiri? ke kena hantar kedai? and mudguard depan nak tukar camne? mekasehh

  29. Amad
    July 15, 2014 at 1:36 PM

    Salam Bro .. Motor Tx Keeway Orange tu mudguard dpn tu pakai mudguard apa??

  30. July 22, 2014 at 1:01 AM

    Tumpang tanya aku newbie lagi ni. Aku dah jatuh cinta dengan motor xtm 200 ni. Aku nak details pasal motor ni la. Top speed berapa? motor ni okey? maintenance tinggi tak? ada problem tak? Susah tak nak jaga? aku student lagi tengah cari motor. Sebelum ni pakai lagenda 110 z je dah nazak motor lagenda tu sbb tu nak beli motor lain. Tolong reply please.

  31. asyrraf
    August 7, 2014 at 9:26 PM

    salam bro…aku orang baru dalam group ni ..nak tumpang tanye selalu kalau pakai moto ni banyak problem tak? kalau nak bandingkan tx200 dengan xtm200 mane lagi bagus ye? terima kasih

  32. Mya
    October 8, 2014 at 12:19 PM

    Salam, i am a lady biker, thinking of getting this keeway tx200.. nak tanya.. motard ni sesuai tak untuk long distance for long term? let say travelling 130km daily for 24/7? tolong review sikit… please please…tq..

    • rs
      January 28, 2015 at 1:30 AM

      Sesuai mya.. jaga servis on time je

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s