Home > WoRD LiFe > Laporan polis secara ‘online’ mulai 2013

Laporan polis secara ‘online’ mulai 2013

polis

SABAK BERNAM – Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara atas talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, portal laporan atas talian itu kini dalam peringkat akhir penyediaan, diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa itu pada bila-bila masa sahaja.

“Ini merupakan satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Mereka boleh buat laporan di mana sahaja mereka berada hanya dengan menggunakan Internet,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini hari ini. Khalid berkata, portal itu sedang dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan.

Beliau berkata, beberapa perkara juga sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya termasuk cara memastikan kesahihah laporan yang diterima. “Kita yakin portal laporan polis atas talian ini akan memudahkan orang ramai kerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian Internet selain ia menjimatkan masa,” katanya.

Terdahulu, Khalid turut meluangkan masa beramah mesra dengan lebih 1,000 penduduk tempatan di perkarangan premis perniagaan Pekan Sungai Besar di sini pada program kesedaran jenayah itu yang turut diserta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Bahagian Narkotik dan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, polis turut menyebarkan maklumat mengenai kesedaran jenayah komersial membabitkan penggunaan Internet yang sering berlaku pada masa kini seperti penipuan pelaburan wang haram dan pertaruhan atas talian. Katanya, orang ramai didedahkan mengenai kegiatan dan taktik yang sering dilakukan oleh sindiket terbabit untuk memperdaya mangsa termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kiriman e-mel.

SUMBER: Bernama

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s