Home > WoRD LiFe > Kucing dilatih bawa telefon ke penjara

Kucing dilatih bawa telefon ke penjara

kucin

SEORANG pengawal memegang seekor kucing yang membawa beg mengandungi pelbagai barang di sebuah penjara di Alagoas pada 31 Disember tahun lalu.

BRASILIA – Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.

Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan. Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu. Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu.

Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong. Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas. Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan.

Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu. Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.

“Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang,” katanya.
Agensi

P/S: Macam-macam la zaman sekarang ni. Tak pasal-pasal pulak si kucing tu jadik mangsa keadaan. Okeh, start arini aku nak latih kucing aku curik duit kat bank la. Wakakaka…

Categories: WoRD LiFe
  1. January 8, 2013 at 2:57 PM

    kuching memang bijak, Firaun dulu pon jadikan kuching sebagai Tuhan…hehehe

    • January 8, 2013 at 3:03 PM

      Kebijaksanaan tu disalahgunakan. Begitulah sifat manusia… huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s