Home > WoRD LiFe > Hari keluarga PPAS 2013 & APC 2011/2012

Hari keluarga PPAS 2013 & APC 2011/2012

p1

p2

p3

p4

p5

p6

Assalamualaikum.

Port Dickson episode II

Pada hujung tahun lepas aku dah ceritakan sedikit tentang trip ke Port Dickson. Kali ni kami sekeluarga berkesempatan sekali lagi pergi ke Port Dickson untuk menghadiri Hari keluarga Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) 2013. Ia berlangsung sekali dengan acara Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPAS bagi tahun 2011 dan 2012.

Lokasi kami pada kali ini ialah Tiara Beach Resort yang bertempat di Teluk Kemang. Pada hari ketibaan kami di sana resort ini telah diambilalih oleh pengurusan baru yang mana ianya telah di-rebrand menjadi nama Best Western Hotel. Puas jugak la nak mencari lokasinya, nasib baik ada signboard besar tepi jalan sebagai panduan.

Jumaat malam sabtu kami telah sampai di sana kerana wife merupakan urusetia program. Sabtu pagi merupakan aktiviti bebas, di mana kami mengambil kesempatan untuk mandi manda di theme park mini hotel ini. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak aku untuk bermain air. Cubaan pertama, kedua agak merisaukan sebab dia takut air. Lama-lama dah sampai sejuk lebam dia jadik syok pulak, langsung tanak balik. Hahaha, budak-budak.

Selesai aktiviti bebas, pada waktu malam diadakan acara jamuan makan malam style BBQ. Apa lagi, makan free la beb sampai kembung. Hahaha. Majlis malam ini dihadiri oleh 669 orang hadirin dimana melibatkan hampir keseluruhan ahli keluarga staf PPAS. Malam ini juga diadakan acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk warga PPAS. Wife aku tersenarai sebagai salah seorang penerima APC untuk tahun 2012. Tahniah diucapkan!

Keesokkan harinya selepas selesai sarapan pagi yang ditaja penuh oleh PPAS, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Shah Alam. Tetapi masih ada diantara ahli keluarga yang lain bergembira bermandi mandi sebelum check-out pada tengahari berkenaan. Secara kesimpulannya, acara ini dirasakan cukup meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga staf PPAS. Secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahhim sesame mereka. Tahniah!

x3

x

x1

x2

x4

x5

Categories: WoRD LiFe
  1. January 21, 2013 at 5:17 PM

    bestnya ada family day. wah amien raptor pakai baju tuck in dalam la… macam tak perchaya nie.

    • January 22, 2013 at 9:55 AM

      Hahaha.. siot je, macam la aku tk penah pakai baju tuck-in dulu. hahahaha

  2. January 21, 2013 at 5:19 PM

    Tiara Beach Resort = Best Western Hotel.
    So, lepas ni kena bagi nama Hotel Barat Yang Best la…

    Congrate… congrate.

  3. January 29, 2013 at 11:33 PM

    debabnya baby girl..bulat!

    • January 30, 2013 at 12:07 AM

      Biasa la, tgk bapak dia pulak. pon dh debab skrg. wakaka

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s