Home > WoRD LiFe > Kisah FELDA

Kisah FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi Felda yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

• Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah,memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi dan sosial.

• Pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana Felda diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh Felda dan syarikatnya.

• Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan Sektor Pertanian di kawasan Dimana Felda diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

• Membantu, Membimbing, Menasihati, Mengurus Dan Menyelaraskan Kegiatan-Kegiatan Sosial Penempatan, pertanian, Industri Dan Komersial Dalam Kawasan Felda.

felda plantation1

Pahang Mempunyai Jumlah Rancangan Felda Terbanyak Di Malaysia dengan Mempunyai 115 Bilangan Rancangan Felda Dan 43123 Orang Jumlah Peneroka, Pahang Merupakan Negeri Yang Terbanyak Sekali Di Malaysia Yang Mempunyai Bilangan Rancangan Felda Dan Justeru Itu Juga Jumlah Peneroka-Peneroka.

Pada Tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Telah Ditubuhkan. Kini Ia Lebih Dikenali Sebagai Felda, Iaitu Federal Land Development Authority. Felda Merupakan Sebuah Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tanah Rancangan Felda Yang Pertama Dibuka Pada Tahun 1958, Iaitu Di Lembah Bilut, Bentong, Pahang, Dengan Peneroka Seramai Kira-Kira 400 Orang. Mereka Yang Mula-Mula Menjadi Peneroka Adalah Benar-Benar Peneroka, Yang Membuka Hutan Untuk Menanam Getah. Mereka Melakukan Semua Jenis Dan Peringkat Kerja, Dari Menebang Menebas Hutan Hingga Menanam Dan Menoreh, Dengan Menggunakan Tenaga Empat Kerat Sendiri. Mula-Mula Mereka Tinggal Di Rumah Panjang Secara Membujang. Hanya Setelah Mereka Mendirikan Rumah Sendiri Barulah Keluarga Mereka Dibawa Bersama.

Pada Tahun 1960 Diluluskan Group Settlement Act, Untuk Menyelaras Semua Rancangan Kemajuan Berkelompok, Termasuk Felda, Felcra Dan Tanah Pinggir. Tujuan Utama Rancangan Felda Dan Rancangan-Rancangan Kemajuan Tanah Yang Lain, Sebagaimana Yang Diumumkan Oleh Pelopornya Tun Razak Hussein, Ialah Untuk Mengatasi Kemiskinan, Khususnya Di Kalangan Masyarakat Desa. Pada Ketika Itu Lebih 60 Peratus Rakyat Desa, Kebanyakannya Petani Kecil, Hidup Dalam Kemiskinan.

Menghapus Kemiskinan Merupakan Tujuan Ekonomi. Akan tetapi sebaliknya Tersirat Juga Tujuan Politik, Iaitu Untuk Memastikan Sokongan Dari Kalangan Rakyat Ramai Kepada Kerajaan. Agenda Yang Tidak Dinyatakan Ialah Ia Juga Merupakan Salah Satu Projek Untuk Mengatsi Cabaran Dari Parti-Parti Lawan. Apabila Konsep Serta Rancangan Kemajuan Kampung, Yang Diperkenalkan Kerajaan Dengan Buku Hijau, Felda Menjadi Projek Terpenting Di Dalamnya.

Peneroka Felda Dipilih Terutama Dari Kalangan Petani Yang Tidak Mempunyai Tanah Sama Sekali. Namun Dipilih Juga Mereka Yang Memiliki Tanah Kurang Dari Dua Ekar. Tanah Pertanian Seluas Ini Dianggap Tidak Ekonomik Dan Tidak Boleh Menjamin Kehidupan.

Antara tanah rancangan FELDA yang ada sekarang:

• Felda Lepar Utara
• Felda Serting Hilir
• Felda Chini
• Felda Sungai Lui
• Felda Kerteh
• Felda Tun Ghafar
• Felda Palong
• Felda Kepis
• Felda Ulu
• Felda Sungai Koyan, Pahang
• Felda Triang, Pahang
• Felda Keratong, Pahang
• Felda Palong Timur
• Felda Tembangau
• Felda Lepar Hilir, Pahang
• Felda Chuping
• Felda Tersang
• Felda Nitar
• Felda Besout
• Felda Selancar
• Felda Sahabat Lahad Datu
• Felda Lepar Utara
• Felda Bukit Goh, Pahang
• Felda Jengka
• Felda Pasoh
• Felda Chemplak
• Felda Trolak
• Felda Kota Gelanggi
• Felda Semenchu
• Felda Air Tawar
• Felda Selancar
• Felda Taib Andak
• Felda Sungai Tengi
• Felda Gedangsa
• Felda Bukit Rokan
• Felda Perasu
• Felda Serting Hilir
• Felda Jelai
• Felda Chini
• Felda Kemahang
• Felda Lok Heng
• Felda Jelai
• Felda Kota Gelanggi
• Felda Tun Ghafar
• Felda Pasoh
• Felda Lurah Bilut
• Felda Chini Timur
• Felda Pemanis
• Felda Jerangau
• Felda Neram
• Felda Kerteh
• Felda Kahang
• Felda Tenggaroh
• Felda Ijok
• Felda Palong Timur
• Felda Jenderak
• Felda Chiku
• Felda Jenderak
• Felda Bukit Sagu
• Felda Kepis
• Felda Bukit Jalor
• Felda Raja Alias
• Felda Kemelah
• Felda Perasu
• Felda Tembangau
• Felda Sungai Panching <— Kampung aku.🙂

Categories: WoRD LiFe
  1. March 26, 2013 at 11:00 AM

    heheheehehehehe..

    aku pernah pi Felda Trolak, Jerantut…

    aku pernah kerja dengan Felda Prodata pada tahun 2003 dulu

    adek aku staff Felda Plantations

    Aku pernah tido kat Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak…

    • March 27, 2013 at 9:49 AM

      Macam tu la dok ada. Aku anak Felda nak kena tau gak asal usul camne. sbnrnya artikel ni panjang lagi, tkdak masa nak edit. huhu

  2. March 27, 2013 at 11:31 AM

    ok la tu, at least org dah dapat maklumat berguna pasai Felda… Besaq felda ni,
    suatu ketika dulu pon, kami geng-geng pancaragam kesatria biasa buat kat felda dan felcra… jumpa org kampong kat belah Pahang la selalunya.

  3. March 27, 2013 at 11:32 AM

    Yang lagi best.. aku ada beli VCD cherita – BILUT… yeahhhhh, sebab ada scene tu depa berlakon kat yayasan…chewah.. turun tangga hotel la kononnya..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s