Home > WoRD LiFe > 10 model kereta turun harga

10 model kereta turun harga

Lima syarikat pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagaian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2017. Menurut Institut Automotif Malaysia, penurunan harga kereta secara mendadak tidak dapat dilakukan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap harga kenderaan terpakai, pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank, pengusaha industri kereta terpakai dan institusi perbankan yang memberi pinjaman.

Berikut ialah senarai 10 model kenderaan yang turun harga:

model kereta turun harga

Secara dasarnya sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%). Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Harga Terkini Selepas Penurunan

1-PEUGEOT 108 – 11% Dari RM115,663 ke RM102,888
2-VOLKSWAGEN GOLF – 7.1% Dari RM169,888 ke RM157,888
3-PERODUA VIVA – 5.4% Dari RM37,174 ke RM35,174
4-PERODUA MYVI – 4.0% Dari RM50,424 ke RM48,424
5-PROTON PERSONA – 3,8% Dari RM53,113 ke RM51,113
6-PERODUA ALZA – 3.4% Dari RM59,017 ke RM57,017
7-PROTON PREVE – 3.0% Dari RM72,990 ke RM70,895
8-HONDA JAZZ HYBRID – 2.5% Dari RM92,187 ke RM89,900
9-PROTON SAGA – 1.1% Dari RM41,811 ke RM41,362
10-PROTON EXORA – 0.7% Dari RM67,212 ke RM66,762

P/S: Walaupun ada penurunan, tapi dalam segmen kete nasional nampaknya macam takde effect langsung. Setakat turun 1% langsung takde beri kesan. Patutnya kete nasional ni la yang kena turun banyak untuk beri peluang rakyat yang berpendapatan sederhana memiliki kereta especially mereka yang dah bekeluarga. Proton kat Arab pun lebih murah berbanding harga selepas diskaun yang Kerajaan berikan ni. APTB.

Categories: WoRD LiFe
  1. June 11, 2013 at 2:55 PM

    tu la, hang tengok Proton Saga tu turun harga macam takda benda ja… aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. ikhlas ka tak ikhlas nie….

    • June 12, 2013 at 10:39 AM

      Tu la pasal, mmg tak ikhlas pon. sekadar cukup syarat je…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s