Home > WoRD LiFe > Malaysia dah tak selamat

Malaysia dah tak selamat

image-23

KIRA-KIRA pukul 12.25 petang semalam, seorang guru, K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Bagaimanapun ketika tiba di Simpang Empat Keladi, dia ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali. Dia mati akibat tembakan tersebut.
Peluru yang dilepaskan sebelum itu kena pada bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya.

Apa sudah jadi? Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan. Untuk rekod, empat hari sebelum kejadian itu, seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan juga cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.

Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Dalam erti kata lain sudah ada tigas kes tembak yang melibatkan guru dilaporkan berlaku dalam masa terdekat. Mungkinkah setiap kes itu mempunyai kaitan antara satu sama lain? Atau mungkinkah juga ia berlaku secara kebetulan?

Yang pasti kes jenayah melibatkan senjata api sejak akhir-akhir ini cukup membimbangkan. Senjata api seolah-olah begitu mudah untuk diperoleh di pasaran.
Manusia juga seolah-olah begitu mudah membunuh dan dibunuh.

Apa lagi selepas ini?

Categories: WoRD LiFe
  1. July 19, 2013 at 4:12 PM

    kedua-dua cherita ini, jelas menunjukkan cikgu-cikgu ni guna kereta yang best-best belaka, yang kat Qlate tu, pakai Merdedes. yang ni plak pakai Toyota..Hebat chegu skrg nie.

    • July 24, 2013 at 1:37 PM

      Betui tu.. Jgn tak tau, kakak aku citer kat sekolah dia mengajar semua cikgu dok pakat beli honda city baru ramei2.. hahahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s