Home > WoRD LiFe > Farewell party admin Chaos

Farewell party admin Chaos

chaos

Assalamualaikum.

Pada malam merdeka yang lalu telah diadakan satu majlis perpisahan buat Admin group Chaos Army iaitu saudara Azizan Abdul Rahim. Untuk pengetahuan semua, Chaos Army adalah merupakan satu kumpulan bebas rider-rider scrambler yang berpengkalan di Shah Alam.

Group ni ditubuhkan sekitar setahun yang lepas dimana matlamatnya adalah untuk memperjuangkan semangat ukhwah dikalangan teman-teman rider. Dan dengan adanya group ni diharapkan hubungan silaturrahim antara semua ahli bertambah erat dan mesra.

Jadi pada tanggal 30/8/2013 tersebut telah diadakan satu majlis BBQ bagi mengucapkan selamat berangkat kepada saudara Azizan yang akan berhijrah ke Sarawak dek kerana tuntutan tugas dan keluarga yang berada di sana. Sambutan kali ini dianjurkan sepenuhnya oleh tuan rumah iaitu saudara Mohd Zaid yang bertempat di Subang. Pada malam itu diadakan acara makan-makan, sesi beramah mesra, luahan hati ke hati serta yang paling best sekali sudah tentulah acara menepung gandum Azizan buat kali terakhir.

Sungguh seronok teman-teman di malam itu bergembira bermain tepung bak umpama remaja belasan tahun. Bukan sahaja Azizan yang ditepung, malah hampir kesemua yang hadir merasa diri ditepung. Hahaha. So secara peribadi bagi aku majlis ini berjaya, dan menambahkan lagi ikatan ukhwah antara kami semua warga Chaos.

Jadi dikesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Berjaya buat Admin Chaos Army, saudara Azizan. Dan terima kasih jua buat tuan rumah saudara Mohd Zaid serta semua sahabat handai yang turut serta dalam majlis tersebut.

Hidup Chaos Army!

ca

cx

cx1

ca1

ca2

ca3

ca4

ca5

ca6

cax3

ca7

ca8

Categories: WoRD LiFe
  1. September 12, 2013 at 5:35 PM

    Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    • September 17, 2013 at 9:46 AM

      TQ bro for blogwalking. ada masa singgah2 la ye.🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s