Home > WoRD LiFe > Selamat Pengantin Baru Ija & Hafiz

Selamat Pengantin Baru Ija & Hafiz

Assalamualaikum.

Selamat pengantin baru kepada adik aku Noor Azlizal dan Mohamad Hafiz. Tanggal 14 September 2013 merupakan hari yang bersejarah buat beliau dimana merupakan tarikh beliau rasminya menjadi isteri orang. Dan tercatit juga sejarah dimana berakhirlah semua 6 beradik keturunan Mat Jidin selamat mendirikan rumahtangga dek kerana Azlizal ni merupakan adik beradik bongsu dalam keluarga.

Jadi kami semua ahli keluarga berkampung semenjak hari Jumaat lagi untuk membuat persediaan mengadakan kenduri kahwin ni. Tugas-tugas rasmi untuk majlis ni tidaklah dibuat secara formal, hanya menuntut semangat sukarela dan kerjasama dari semua kaum keluarga dan jiran tetangga bagi melancarkan urusan dan sekaligus menjayakan kenduri ni. Persediaan dibuat mulai jam 6 pagi lagi, masing-masing menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komitmen.

Majlis bermula secara rasmi pada jam 10 pagi dimana berlangsungnya majlis akad nikah di rumah aku. Tugas aku kali ni jemput dan hantar balik Tok Kadi. Dasat Tok Kadi ni, dia pun pakai Grand Livina. Huhu. Majlis berlangsung sempurna, dengan 2 kali akad akhirnya secara rasmi adik aku bergelar isteri kepada Hafiz. Dan sekitar jam 12 tengahari majlis bermula dengan ketibaan tetamu-tetamu yang majoritinya merupakan penduduk warga Felda Sungai Panching Utara, Kuantan.

i

i2

i3

Selepas Zohor kompang dipalu menandakan ketibaan pasangan mempelai sambil diiringi dengan sembang jenaka dari Deejay otai jemputan. Majlis berjalan seperti biasa dengan pasangan pengantin mengambil tempat untuk bersanding, makan beradab dan acara fotografi. Kami yang disebalik tabir di seperti biasa la mengawal hidangan makanan supaya cukup untuk para tetamu sambil-sambil menghiburkan diri dengan karaoke. Huhu.

Secara kesimpulan majlis menyatukan dua hati ini berjaya dengan ramai tetamu serta sanak saudara yang jauh dan dekat. Disamping menyatukan mereka, aku lihat majlis ni merupakan acara menyatukan hubungan silaturrahim antara kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai yang telah lama tak ditemui dek kerana kekangan kerja dan masa. Sebagai pengakhiran, aku ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Pengantin Baru buat pasangan ini. Mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir hayat.

i4

i5

i6

Categories: WoRD LiFe
  1. kin tong
    September 20, 2013 at 10:22 AM

    Hallo mr.grand..bila nak ajak tok kadi join club..?

    • September 20, 2013 at 10:56 AM

      Bising la lu mr.matsakem (matrix, satria, kembara). hahaha… woiiii register facebook la, boring la layan lu kat sini je.. hahaha

  1. December 31, 2013 at 3:33 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s