Home > WoRD LiFe > Claim dengan PLUS jika berlaku kemalangan

Claim dengan PLUS jika berlaku kemalangan

plus

Assalamualaikum. Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. Dan jika berlaku kemalangan disebabkan halangan di Lebuhraya seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain dan sebagainya.

Tahukah anda kita boleh claim dengan pihak PLUS Jika kita terlanggar objek-objek berkenaan sehingga kenderaan kita mengalami kerosakan?? Ini kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya PLUS telah di insuranskan.

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:

1. Hubungi Plus Ronda 1800-88-00-00 (ada di belakang kad Touch n Go atau tiket transit)

2. Beritahu lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.

3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana-mana plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalo Touch n Go atau smart tag kena print dari website PLUS.

4. Sila buat laporan di kaunter plaza tol. Kemudian pihak PLUS akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.

5. Buat laporan di balai trafik yang berhampiran atau di kawasan tersebut.

6. Kemukakan claim kepada PLUS berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Adalah nanti borang akan di isi di sana.

7. PLUS akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar.

# Just sharing

Categories: WoRD LiFe
  1. October 4, 2013 at 4:34 PM

    betui ka amien? aku jarang guna PLUS, sebab balek guna jalan lama ja.

    • October 8, 2013 at 10:32 AM

      Ni aku share info org je bro, rasanya betul sbb aku penah dengar ada org claim dulu pasai terlanggar bekas tayar lori pecah kat PLUS. tapi ramai yg tak tau..

  2. kin tong
    October 7, 2013 at 10:19 AM

    Jalan kem batu 10 ke panching utara boleh claim dengan MJ…

    • October 8, 2013 at 10:20 AM

      Hahaha.. siot je..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s