Home > WoRD LiFe > CT118 EFi VS Lagenda 115Z EFi ~ Dimensi baru permotoran Malaysia

CT118 EFi VS Lagenda 115Z EFi ~ Dimensi baru permotoran Malaysia

Assalamualaikum.

Sejak Yamaha FZ150 diperkenalkan, ianya membuka lembaran baru dalam dunia permotoran kategori bawah 200cc negara. Hadir dengan pakej Suntikan Minyak Elektronik (Electronic Fuel Injection), nyata ianya memberi dimensi baru dalam bidang permotoran. Bukan sahaja canggih, malahan ia sangat berfungsi sebagai medium terbaik dalam memberikan penjimatan bahan api kepada kenderaan dua roda ini.

Tahun 2013 tercipta lagi satu sejarah. Kali ini Suntikan Minyak ini diperkenalkan pula kepada model yang lebih kecik CC-nya iaitu kategori bawah 120cc. Sudah tentulah ianya memberikan pulangan yang sangat menguntungkan kepada pengguna dimana penggunaan minyak akan lebih menjimatkan berbanding sistem lama yang menggunakan carburator.

Kali ini dua jenama pengeluar motosikal telah memperkenalkan produk Suntikan Minyak mereka kepada motosikal moped. Yamaha datang dengan Lagenda 115Z EFi dan Modenas dengan CT118 EFi. Dengan kehadiran dua model ini nyata akan memberikan banyak ruang kepada pengguna untuk memilih model manakah yang dapat memberikan pulangan yang menguntungkan lebih-lebih lagi dalam situasi dimana kenaikan harga minyak masakini membuatkan ramai rakyat marhaen mengeluh keresahan.

efi

efi1

Berbeza dengan Modenas yang menggunakan sistem pancitan bahan api kos rendah Synerject M3A, Yamaha pula membangunkan sistem pancitan bahan api kos rendah mereka sendiri iaitu Sistem YEC_FI. Sistem ini terdiri daripada pam bahan api, pemancit bahan api, ECU berasingan 33 pin, pengesan suhu minyak enjin (dipasang pada kepala silinder), pengesan oksigen, pengesan kedudukan aci engkol, dan badan pendikit yang menggabungkan 3 lagi pengesan, iaitu pengesan kedudukan pendikit (TPS), pengesan suhu udara masukan (IAT) dan pengesan tekanan udara mutlak (MAP). Ia merupakan pembaharuan daripada generasi terdahulu yang dipasang pada Yamaha FZ150i, YZF-R150 dan Spark 135i (135LC versi Thailand), di mana perbezaan utama ialah kehadiran pengesan oksigen.

Sekarang mari kita bandingkan motor yang manakah yang lebih berkuasa. Modenas 118EFI yang menggunakan enjin 120 cc sekadar menghasilkan 5.76 kW (8.13 PS) @ 8,000 rpm, sedangkan Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection pula mampu menghasilkan 7.2 kW (10.4 PS) @ 7,750 rpm. Dari segi penjimatan bahan api pula, sekali lagi Lagenda Fuel Injection mendahului dengan 84.15 km/L seperti yang telah diuji oleh para wartawan di Thailand, tetapi 118EFI pula berupaya mencatatkan penggunaan bahan api 59.5 km/L. Harus diingat, bahawa Modenas 118EFI mencatatkan kadar penggunaan bahan api 59.5 km/L pada kelajuan malar 80 km/j, tetapi Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection pula diuji menggunakan piawaian ECE40 yang mana ia diuji pada kelajuan serendah 40 km/j. Sekiranya Modenas menguji 118EFI pada kelajuan yang sama, maka sudah tentulah ia mampu mencatatkan angka-angka yang lebih kompetitif.

Bagaimana pula Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection boleh jadi lebih berkuasa dan lebih jimat? Rahsianya ialah melalui komponen-komponen baru yang digunakan pada Lagenda Fuel Injection. Lagenda 115Z Fuel Injection menggunakan lengan jumpelang dengan alas bebola yang kurang geseran berbanding lengan jumpelang tanpa alas bebola yang digunakan pada model-model Lagenda terdahulu. Selain itu, profil sesondol dan profil engkol 115Z telah pun direka semula.

Petikan artikel: blogjalanraya.blogspot.com

Categories: WoRD LiFe
  1. August 4, 2015 at 11:10 AM

    lajunya lagenda ni.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s