Home > WoRD LiFe > Corat coret bisnes online

Corat coret bisnes online

Warung Motard.

Tu la tanda niaga aku. Part-time bisnes yang aku dok buat sekarang ni. Mula dengan suka-suka, kini pon masih suka-suka, tapi dah bertambah sikit dengan serius. Haha. Kadang-kadang benda yang mula dengan suka-suka ni la yang kita akan buat sehingga jadik serius dek kerana desakan hidup. Tambahan pula dengan kos sara hidup yang sangat menggila masakini, memaksa kita berfikir dan berusaha keras untuk mencari pendapat lebih bagi menanggung kos hidup sehari-hari.

Dalam post ni aku nak ceritakan pasal salah satu elemen penting dalam urusniaga online. Bagi aku yang takde kelayakan khusus dalam bidang marketing, just berurusniaga mengikut aku punya pengalaman je la. Dengan sedikit skill Adobe Photoshop yang aku belajar secara suka-suka aku gunakan dalam membuat iklan-iklan bagi tujuan pemasaran produk jualan aku ni. Kira nak kasi sikit tarikan la buat customer ada mood nak membeli barang. Tapi dalam masa yang sama aku kekalkan jugak la keaslian gambar barangan niaga aku supaya customer tak rasa tertipu dengan gambaran produk yang berbeza berbanding dengan barangan yang dipaparkan dalam internet. Kes ni dah selalu sangat berlaku dalam urusniaga internet.

Sebagai contoh, ni merupakan salah satu produk aku jual dalam internet. Seluar hawaii yang bermotifkan elemen logo-logo bidang permotoran.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ni merupakan gambaran asal produk yang aku snap sendiri. Tujuannya supaya item yang dijual itu adalah sama dengan apa yang kita iklankan. Ada sesetengan peniaga online just random google imej dalam internet dan upload saja gambar tu untuk jualan. Takde usaha langsung. Dan ini merupakan finishing touch yang aku buat menggunakan Photoshop untuk iklan jualan barangan aku. Kira boleh la, ada tambah-tambah grafik sikit bagi penyedap mata.

scene1

Begitulah lebih kurang teknik perniagaan online ni. Lepas habis kerja men-design ni maka sibuklah pulak dengan acara mempromosi barangan dalam blog-blog, facebook groups, dan sebagainya. Terpulang la pada penjual nak berusaha cam mana untuk melariskan produk jualan mereka. Bagi aku lebih senang untuk promosi dalam page dan group-group Facebook je sebab kat situ connection dengan customer lebih luas berbanding medium lain.

Dalam pada masa yang sama kadang-kadang ada cabaran lain yang perlu dihadapi oleh peniaga online. Sibuk dengan kerja editing, tugas-tugas penghantaran barang, kerja-kerja packing untuk pos, urusan-urusan mencatit dan merekod transaksi perniagaan dan sebagainya. Tapi pada akhirnya kita akan rasa gembira dengan hasil kerja yang kita buat ini setelah mendapat bayaran dan sedikit untung dari jualan barang. Tu lah serba sedikit cabaran dalam perniagaan online ni. Kekadang ada gak cabaran yang datang secara tak sengaja, sebagai contoh dalam gambar ni.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalam sibuk untuk snap gambar-gambar produk urusniaga, tetiba ada pulak muncul tangan-tangan ghaib yang cuba menangkap bintang. Hahaha.. Takpe la, at least hati sedikit terhibur dikala menjalankan kerja-kerja di belakang tabir ni. Sebagai kesimpulan, perniagaan ini menyeronokkan. Dan percayalah setiap usaha yang anda lakukan dengan ikhlas itu pasti akan ada pulangan yang baik dari Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 18, 2013 at 10:42 AM

    Towkay Warung Motard,

    Walaupon aku tak bawak Motard, namun aku tetap menyokong pergerakan hang ni towkay. teruskan usahaniaga hang nie, bukan senang nak senang… kena usaha dan kerja keras bagi memastikan sustainability dalam market. Dunia niaga ni dunia penoh dgn chabaran. pandai pusing, pandai niaga…

    • October 22, 2013 at 2:29 PM

      Terima kaseh sahabat.

      Camni la serba sedikit ilmu perniagaan online aku sharekan, bukannya pandai sgt. just ikut naluri dan pengalaman sendiri je utk berjual-beli.

      Slow2 dulu la, ada modal nanti terasa nak bukak kedai sendiri pulak. kalau dpt realisasikan impian ni mmg best, keje ngan diri sendiri. tak terikat ngan org lain. hopefully dpt achieve one day.🙂

  2. October 22, 2013 at 2:52 AM

    menarik ceitanya..he bes lau buat niaga online ni.

  3. October 30, 2013 at 12:02 AM

    nice story tuk pengalaman biz online

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s