Home > WoRD LiFe > Apa fungsi butang OD (OverDrive)

Apa fungsi butang OD (OverDrive)

overdrive

So, apa fungsinya?

Butang tu, bila kita start enjin kereta, kereta anda biasanya akan dalam keadaan overdrive ON, bila anda tekan butang tu, ia akan OFF fungsi overdrive kereta anda.

Kenapa bila kita start enjin kereta, fungsi overdrive akan automatic ON?

Overdrive sebenarnya boleh dibayangkan sebagai kereta anda sedang hidup dengan 4 gear. Kalau sesiapa yang pernah bawak kereta manual, mesti tahu kereta manual ada 5 gear kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5 (ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu untuk kereta manual.

Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya gear yang paling tinggi adalah gear 4! Dan gear 4 itu buleh kita anggap sebagai overdrive ON. Bila kita OFF overdrive, bersamaan gear 4 telah dimatikan, dan kita telah turun ke gear 3. Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau kereta manual, kita turunkan gear semasa bergerak, meter RPM pun akan naik tinggi. So dah boleh bayangkan camne overdrive bertindak?

Lebih senang faham fungsi overdrive bila kita anggap begitu. Tapi yang sebenarnya adalah begini:

Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai 3 gear!! Maka dengan 3 gear sahaja, apabila anda memecut dengan kelajuan 100kmh kat highway, meter RPM anda akan mengaum. Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah masuk 60kmh, kita pun tukar ke gear 4 kan? Tapi untuk kereta auto, bila dah 60kmh, tak ada gear yang lagi tinggi selain gear 3, maka overdrive akan mengambil alih tugas dengan menyalurkan gear tambahan di transmisi anda sebagai gear ke-4. Selain itu, overdrive akan memastikan yang pusingan ratio kereta anda berlainan. Pusingan tayar akan lebih daripada pusingan drivesyaft supaya enjin tidak perlu bekerja keras untuk memusingkan tayar, sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh. Tetapi, kelemahan pada overdrive yang ON ini adalah, torque yang dihasilkan akan rendah. Ibaratkan kita cuba mula pecut dengan gear 5 semasa memandu kereta manual. sudah pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.

Minyak kereta dan torque adalah perkara penting mengenai overdrive ini. Kereta auto yang mempunyai fungsi overdrive sudah pasti menggunakan minyak yang kurang daripada kereta auto yang tiada fungsi overdrive. Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto 1.5, anda akan dapati ia menggunakan minyak sama banyak seperti kereta sedan 2.0 yang ada fungsi overdrive.

Apa kelebihan overdrive?

1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa bergerak di lebuhraya, momentum kelajuan sudah cukup untuk maintain kelajuan kereta anda. Apabila overdrive ini dalam keadaan ON dan bertindak, ia akan meletakkan transmisi dalam gear tambahan dan ini akan merendahkan pusingan enjin anda dengan mengurangkan pusingan ratio enjin dan drivesyaft. Maka enjin tidak perlu bekerja keras dan ini sudah pasti menjimatkan minyak kereta.

2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit, overdrive yang ON akan membuatkan transmisi anda bergerak lancar tanpa sebarang halangan. Ini akan menyebabkan kereta anda bergerak bertambah laju semasa menuruni bukit. Sekiranya overdrive ini OFF, pergerakkan akan menjadi perlahan disebabkan gear yang rendah digunakan, dan ini akan membantu anda mengawal pergerakkan kereta anda dengan lebih selamat.

3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada kereta anda. Semasa kita hendak memotong kereta lain ataupun semasa menaiki bukit, Overdrive yang OFF akan memberi kita lebih kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi rendah akibat daripada gear tambahan yang digunakan. Maka apabila anda ingin pecutan lebih, OFF kan overdrive anda. Namun sebaliknya kereta anda akan makan minyak lebih sikit ler..

P/S: Maka, daripada kelebihan dan kelemahan fungsi overdrive diatas, dapatlah kita agak bila nak ON overdrive dan bila nak OFF overdrive.

Categories: WoRD LiFe
  1. November 27, 2013 at 12:57 PM

    ohhhh…. camtu rupenye… tq for the info😉

    • November 27, 2013 at 4:18 PM

      Welkambeng ateng

  2. November 27, 2013 at 1:54 PM

    Ya ninie, aku guna kereta transmisi manual ja.. senang siket…

  3. November 27, 2013 at 1:55 PM

    Kereta amien sekarang memang ada OD button tu, tu yang dia cherita pasai OD nie… hehehehehehee

  4. November 27, 2013 at 2:00 PM

    Kereta yang power ja ada button OD nie, macam keta amien

    • November 27, 2013 at 2:20 PM

      Apa benda hang ni, kete myvi auto pon ada la.. wajib ni. hahaha

      • November 28, 2013 at 7:32 AM

        keta aku takde pong..ke aku yg tak tau..haha

        • November 28, 2013 at 10:51 AM

          Aiiiii takkan la KIA spectra edisi novus takde button ni kak. hehehehe….

          • November 28, 2013 at 12:31 PM

            Tu adik aku py..aku py buatan malaysia je..

            • November 28, 2013 at 1:54 PM

              Hahaha.. KIA spectra edisi novus, cerita zaman keje kat PLF dulu…

  5. November 28, 2013 at 11:12 AM

    Dahsyat kak uda nie…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s