Home > WoRD LiFe > Selamat tinggal 2013…

Selamat tinggal 2013…

sssss
Assalamualaikum.

Sedar tak sedar , pejam celik dah sampai kita ke tarikh akhir tahun 2013. Pelbagai peristiwa berlaku dalam tahun ini yang mana suka dukanya membawa sejuta kenangan kepada diri setiap insan. Aku juga tak terlepas mengenang pelbagai episod dalam hidup aku sepanjang 2013 ni. Antaranya:

1- Siapnya Taman Bahagia kami sekeluarga. Setelah 2 tahun menunggu akhirnya kami Berjaya mediami kediaman sendiri sekitar bulan Mac 2013 yang lepas. Syukur kepada Allah atas kurniaanMu.

2- Aku dan rakan sepermotoran dari team Chaos Army menjayakan konvoi Ride for Palestine yang bermatlamat untuk menjayakan aktiviti mengutip sumbangan buat warga Palestine yang menderita akibat peperangan.

3- Aina Zahra, anak perempuanku mencapai usia 1 tahun. Sekejap je masa berlalu, tup tup budak kecik ni dah berjalan berlari dan membesar dengan pantas. Syukur.

4- Mengundi. Setelah 18 tahun berlalu, aku kembali semula ke Sekolah Kebangsaan Panching Utara Kuantan tempat aku membesar dan menimba ilmu bagi tujuan mengundi. Penuh dengan kenangan dan nostalgia gembira di sini. Sebak hati bila menjejakkan semula kaki di sini.

5- Kelab 3 Kupang akhirnyaaaa..

6- Complete sudah kesemua 6 orang adik beradikku mendirikan rumahtangga. Yang terakhir ialah adik bongsuku Azlizal Mat Jidin dan pasangannya Hafiz. Pasni kami sekeluarga rileks la, takde kenduri nak kena handle dah. Huhu

7- Anak sulungku Asyraff Khalish dah menjengah usia 4 tahun. Dah kena siap sedia untuk ke Tadika. In Sha Allah tahun 2014 beliau akan memulakan alam persekolahnya di Tadika. All the best Acap!

8- Hari ini dalam sejarah. Banjir yang besar melanda hometown aku Kuantan. Pasti ada hikmah disebalik kejadian, berdoalah kita agar mangsa-mangsa banjir cepat pulih dari segi fizikal dan mental.

Itulah serta sedikit coretan aku sepanjang 2013 dalam blog ni. Mungkin ada 2, 3 perkara yang tak berkesempatan aku coretkan dek kerana kekangan masa dan ketidakupayaan untuk updates blog ni. Jadi diharapkan agar tahun baru 2014 akan membawa lebih banyak kegembiraan kepada semua. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. January 2, 2014 at 10:10 AM

    apa akan jadi tahun 2014 plak? hujung tahun 2013 macam-macam BN = Barang Naik. Tambah plak, announced BN = Barang Naik awal tahun 2014… fehhhhhhhhhhhhh….

    • January 3, 2014 at 9:10 AM

      2014 cabaran lebih getir menanti sekalian rakyat Malaysia. Terpaksa ikat perut, potong perbenlanjaan yg tak perlu, berjimat chermat dan sbgnya demi utk meneruskan kelangsungan hidup.

      Apa2 pun hidup perlu diteruskan!

  2. January 2, 2014 at 3:52 PM

    Yelah, tahun 2013 menyaksikan aku mendapat pewaris harta nombor dua pada May 2013.

  3. gt 128 rider
    January 3, 2014 at 8:38 AM

    semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya,insyallah….

    • January 3, 2014 at 9:37 AM

      Mudah-mudahan camtu la bro. Slmt tahun baru.

  4. January 13, 2014 at 2:11 PM

    Bagi sigh petition online pasai BN nie.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s