Home > WoRD LiFe > Kes denggi semakin meningkat

Kes denggi semakin meningkat

den

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,197 kes demam denggi dilaporkan pada minggu lalu iaitu dari 2 hingga 8 Februari 2014 melibatkan sebanyak dua kematian. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, jumlah kes denggi minggu lalu itu meningkat 114 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,083 kes.

“Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara (sejak Januari lalu) adalah 11,650 kes berbanding hanya 3,052 kes dilaporkan bagi tempoh sama pada tahun 2013. Terdapat tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor sebanyak 237 kes, Kelantan (14), Sarawak (10), Melaka (8), Kedah (6), Perak (4) dan Perlis (3),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Lokman Hakim berkata, dua kes kematian akibat wabak denggi yang dilaporkan pada minggu lalu menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi sejak Januari lalu sebanyak 19 kematian.

Ia meningkat sebanyak 11 kematian berbanding hanya lapan kematian yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun 2013.Menurut beliau, kematian itu berlaku di Selangor dan Johor, masing-masing melibatkan seorang suri rumah berusia 46 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai operator pengeluaran.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, analisis Kementerian Kesihatan mendapati daripada empat serotaip yang ada iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4 didapati berlakunya perubahan serotaip dominan iaitu daripada serotaip DEN-4 kepada serotaip DEN-2. Ia merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi yang dilaporkan kerana serotaip DEN-2 juga dikaitkan dengan manifestasi klinikal yang lebih teruk.

“Jika seseorang pernah dijangkiti oleh satu serotaip, seseorang itu akan kebal terhadap serotaip tersebut, bagaimanapun individu itu masih boleh dijangkiti serotaip yang lain. Apabila seseorang dijangkiti pada kali kedua (secondary infection) dan seterusnya, risiko jangkitan denggi yang lebih berat adalah tinggi dan berkemungkinan berlaku komplikasi serta kematian,” jelasnya.

Categories: WoRD LiFe
  1. February 25, 2014 at 1:50 PM

    Denggi sangat merbahaya, gunakan semburan agar nyamuk kurang membiak…

  2. February 25, 2014 at 1:50 PM

    Pastikan tingkap rumah hang ada jaring nyamuk…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s