Home > WoRD LiFe > Bakat melukis…

Bakat melukis…

Assalamualaikum.

Berbicara mengenai kreativi memang cukup menarik untuk diulas. Kreativi merupakan satu seni yang membawa sejuta pengertian. Seni yang lahir dari kreativi boleh datang dalam pelbagai medium dan elemen. Ada yang menyuarakannya melalui kanvas lukisan, seni kaligrafi, seni lukisan pasir, graffiti, seni computer grafik dan pelbagai cara lagi yang mana akhirnya ia akan berakhir menjadi karya seni mengikut tafsiran masing-masing.

Jadi cabang kreativiti ni tak terhad, dan tak terikat dengan apa-apa undang atau peraturan. Jadi yang aku nak ulaskan kat sini seni lukisan memang merupakan salah satu favourite aku. Boleh dikatakan seni melukis ni memang dah mengalir dalam diri aku adik-beradik. Start dari abang sulung aku yang mempunya seni lukisan teknikal yang hebat sehingga la menurun ke adik bongsu aku. Walaupun bukan secara formal, tapi lukis melukis ni memang bakat semulajadi kami la.

Dan yang dapat aku kesan kini skil lukisan ni dah turun kepada anak aku pulak. Pada pengamatan aku Asyraff ni memang minat melukis, ada beberapa karya dia yang aku cukup terkesan. Rasanya masa aku umur 4 tahun dulu pun masih belum mampu nak berimaginasi untuk melukis seakan apa yang dia buat sekarang ni. Ada la bentuk-bentuk lukisan yang boleh kita nampak dan cam apa yang dilukisnya, tak macam aku dulu. Lebih conteng dari lukis. Hahaha.

Alhamdulillah, nampaknya bakat dia memang pada lukisan, bagi pen dan buku maka senyap-senyap la dia melayan lukisan. Mudah-mudahan dapat explore lebih banyak lagi tentang bakat Asyraff ni. Mungkin lepas ni aku nak ajar dia bermain badminton dan swimming. Mana tau dia ada bakat dalam badminton, boleh jadik new Lee Chong Wei. Hahaha…

Angry bird acap

Lukisan Angrybird kegemarannya. 1st drawing yang dapat detect.

harimau

Ni harimau versi Asyraff

singa lipas

Ni haiwan mutant, singa + lipas = sipas

gambo abah

Ni yang terbaru, lukis muka abah dia. Hahaha

Categories: WoRD LiFe
  1. February 25, 2014 at 1:48 PM

    bakat melukis patut dibiaqkan karna ianya merupakan satu chabang seni dalam kehidupan. Tengok macham bang amien raptor nie, bakat seni dia menyerlah pabila meningkat dewasa.

    • February 26, 2014 at 10:34 AM

      Kalau betul2 fokus pada arts ni byk gak gunanya bang Nandre.

      Baru ni aku add Aie Sulong, kartunis yg lukis Blues utk aku tu. memang syok la layan dia punya arts2, hopefully kalau anak aku ni ada talent camni mmg syok. huhu

  2. March 6, 2014 at 8:36 AM

    aie, ya, yang selalu lukih awek cun pakai tudung ,,,, kalau laki, mesti rambut panjang ada janggut… layan bang kartun tu masa ITM tahun 90an yang lalu….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s