Home > WoRD LiFe > Al-Fatihah ~ Allahyarham Aziz Sattar

Al-Fatihah ~ Allahyarham Aziz Sattar

IMG-20140506-WA0000

Pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi. Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

100_1099

P/S: Sedikit catatan memori aku bersama arwah, ketika ini beliau di jemput untuk menghadiri program Marilah Membaca anjuran kelas aku yang bertempat di Politeknik Shah Alam sekitar tahun 2006. Kehadiran beliau cukup membuatkan seluruh peserta bergelak tawa dengan telatah dan lawak beliau yang mencuit hati. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Categories: WoRD LiFe
  1. May 19, 2014 at 11:39 AM

    Amien, tahun 2000 dulu aku dok kat Seksyen 19, sebelah CIAST ada satu surau JUmaat, belakang surau tu aku dok, rumah Aziz Sattar sebaris dengan rumah aku tu, lecturer Nurusobah pon dok sebelah rumah aku, masa tu dia dok geng bujang.

    Aku pernah semayang sekali dengan arwah Aziz Sattar masa kat surau tu, dia pakai baju batik, pakai songkok, dok rileks ja…

  2. May 19, 2014 at 11:40 AM

    Nurusobah pon dah grad PhD dia buat kat ITM, baru ni dia konvo…

  3. May 19, 2014 at 11:41 AM

    tak tahan tu, pakai baju batik kaler hijo… hehehehehehehehehehehehehehehehehe

    • May 20, 2014 at 9:39 AM

      Hahahahahaha… siot, nampak je mata ko ek nandre.

      tu baju aku terpaksa pakai sbb budak2 kelas aku pilih utk jadi batu rasmi event ni. ko boleh tgk aku sarung jaket semata-mata tanak nk cover baju tu. punyalah tanak pakai… hahahahaha

  4. June 10, 2014 at 3:07 PM

    ya betul, aku paham perasaan hang memang tak mau tunjuk ‘kebatikan’ tu.. aku pon tak suka baju batik tu, kain pelekat aku suka…

    • June 12, 2014 at 1:35 PM

      Kebatikan? hahahaha… siot giler perkataan tuuu….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s