Home > WoRD LiFe > Open house raya 2014 + Tepung day

Open house raya 2014 + Tepung day

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lepas, telah diadakan satu majlis rumah terbuka kecil-kecilan yang aku dan family anjurkan. Sebenarnya bukan la open house, sekadar buat jamuan untuk para sahabat bikers aku. Sambil-sambil beraya kami mengeratkan lagi ukhwah yang dah lama terjalin.

Nak dijadikan cerita majlis hanyalah sekadar datang dan menjamu selera. Menu pada malam tu ialah bihun sup tulang yang disediakan oleh orang rumahku. Walaupun kecil-kecilan, yang datang pada malam tu lebih dari 20 orang jugak la. Selesai menjamu selera ingatkan habis takat tu je, rupanya masih ada agenda besar yang dirancang oleh rakan-rakan.

Rupanya rakan-rakan ni bersubahat nak kenakan aku dan abang Redi yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Julai lepas. Apa lagi, malam tu bermandi tepung gandum dan telur ayam la kami berdua. Seronok korang ye melompat, berlari terkinja-kinja macam budak-budak. Hahahaha.

Alhamdulillah, tu la serba sedikit kisah yang berlaku baru-baru ni. Sebab dah lama tak update perkembangan semasa, rasanya cukup la dengan entry ni untuk menghidupkan kembali blog yang semakin suram ni. Jadi aku selitkan video prank yang budak-budak Chaos Army aku buat malam tu. Korang memang rock ah!

tepung

Categories: WoRD LiFe
  1. August 20, 2014 at 3:55 PM

    main tepong nampak bang amien. muka bang amien pon dah lain la…

    • August 21, 2014 at 10:46 AM

      Muka dh penuh ngan tepong konpem la nampak lain dah yob nandre, anak koi pon takut nampak pak dia camtu. hahahaha

      Chaos Army tu team moto koi, memang sekor2 jenis org huru hara. Bak menepong menelor ni lagi la huru hara, menjerit-jerit kat perumahan ni ha. Bertabur tepong merata rumah jiran. Haruuu betuiiiii

  2. August 21, 2014 at 10:42 AM

    Pasai apa pileh nama Chaos Army? adakah tentera ni akan membuat huru-hara sepertimana yang telah berlaku apabila Perang Tepong Gandum berlaku? hahahahahaaa

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s