Home > WoRD LiFe > Reunion SMKPS ~ Setelah 14 tahun!

Reunion SMKPS ~ Setelah 14 tahun!

01
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah lama tak mencoretkan sesuatu dalam blog aku ni. Dek kerana kekangan masa serta kurang motivasi untuk meng-updates perkembangan terbaru, maka dengan itu terbiarlah begitu saja blog usang ni.

Jadi kali ni nak ceritakan pasal sesuatu yang menarik sekitar minggu lepas. Reunion budak-budak Sekolah Menengah Kebangsaan Panching Selatan (SMKPS).

Setelah hampir 14 tahun meninggalkan alam persekolahan, inilah pertama kali kami semua Alumni SMKPS batch 1996-2000 mengadakan sessi reunion bagi membolehkan kami semua bersua muka serta mengeratkan kembali hubungan silaturahim yang telah lama terputus.

Berkat usaha dan kesungguhan AJK tak rasmi yang meluangkan masa dan berkorban tenaga untuk mengadakan Reunion ini, maka telah ditetapkan tarikh 8 November 2014 sebagai hari untuk kami semua menjalankan aktiviti bermain bowling sekaligus sesi Reunion kami semua.

Aku pada mulanya tak dapat nak mengesahkan kehadiran dek kerana tugasan serta tiada cuti khas untuk acara Reunion ni. Tapi mungkin dah kerana rezeki, maka dapat juga meluangkan sedikit masa untuk acara ini dan sekaligus memberikan galakan buat teman-teman lain. Akhirnya lebih kurang jam 9 malam aku sampai juga ke Kuantan Plaza (dah lebih 10 tahun aku tak pegi) destinasi di mana acara Bowling Reunion ini diadakan.

Suasananya sudah pasti amat janggal sekali, bayangkanlah dah 14 tahun tak bersua muka dengan sebahagian teman-teman sepersekolahan, dah tentu ada yang langsung tak mengenali antara satu sama lain. Maka disinilah perlunya satu sama lain memainkan peranan untuk kembali kenal mengenal dan bertegur sapa. Alhamdulillah, kebanyakan dari teman-teman memang sporting. Walaupun dah lama tak bersua, tapi dalam beberapa minit bersembang, ikatan persahabatan lama kembali wujud. Syukur, lebih kurang 30++ kehadiran teman-teman lama tak termasuk ahli keluarga masing-masing yang memenuhi ruang lane bowling Kuantan Plaza ni.

Jadi di kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat AJK yang bersusah payah membuat perancangan dan menyusun-atur segala aktiviti pada malam tersebut. Tak disangka Reunion sambil bermain bowling, disiapkan sekali dengan hadiah-hadiah untuk para pemenang. Memang terbaik usaha daripada AJK-AJK ni.

Semoga di lain masa kita adakan lagi acara Reunion ini, dan mungkin kita akan usahakan kehadiran kesemua Alumni SMKPS batch 1996-2000. Terima kasih.

IMG-20141108-WA0007

IMG-20141108-WA0008

IMG-20141109-WA0021

PhotoGrid_1415763752118

IMG-20141108-WA0010

IMG-20141109-WA0006

IMG-20141109-WA0007

IMG-20141109-WA0009

Categories: WoRD LiFe
  1. November 13, 2014 at 2:03 PM

    kalau drawing on the past to serve the future?

  2. November 13, 2014 at 2:06 PM

    wah, hang ja yang paleng ranggi, sebab pakai baju kaler hitam dan pakai tutup kepala… macam pemain bola kat England buat training kat padang semasa musim sejuk.

    • November 17, 2014 at 9:55 AM

      Masa aku pegi malam tu cuaca kat kuantan bersalji bang nandre. tu yg aku dok bungkuih kepala tu. hahaha…

  3. January 28, 2015 at 10:19 AM

    dia punya motto tu macam biasa dengaq ja, macam kat company kat Putrajaya plak.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s